PEMAIN badminton profesional Lee Zii Jia akan menjadi aset penting kepada skuad kebangsaan bagi menghadapi kempen Piala Thomas 2026 di Horsens, Denmark dari 24 April hingga 3 Mei depan.Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Kebangsaan Kenneth Jonassen berkata bagaimanapun setakat ini belum ada maklum balas daripada Zii Jia."Jadi, jika Zii Jia benar-benar cergas dan komited (bersama skuad negara), sudah tentu beliau akan menjadi tonggak penting untuk menghadapi saingan Piala Thomas."Namun seperti yang anda semua tahu, sejak semalam saya rasa tiada sebarang perkembangan. Jika ada yang terkini, saya pasti kami dengan senang hati akan berkongsi maklumat tersebut," katanya ketika ditemui selepas sesi latihan skuad kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, di sini hari ini.Sementara itu, Jonassen berkata, walaupun keputusan muktamad terletak di tangan bekas juara All England itu, kem kebangsaan tetap fokus sepenuhnya terhadap persiapan menghadapi Piala Thomas."Kami sedang membuat persiapan sebaik mungkin bagi memastikan semua pemain bersedia untuk meningkatkan prestasi. Para pemain sedar akan cabaran besar yang menanti, namun mereka komited untuk memberikan yang terbaik."Kita perlu bercita-cita besar dan mencuba yang terbaik, saya rasa itulah kunci kejayaan. Jika kita telah berusaha sedaya upaya, tetapi tidak mencapai sasaran, sekurang-kurangnya anda boleh katakan yang anda telah meberikan yang terbaik," katanya. - Bernama