MELAKA, 13 Feb – Kerajaan Negeri Melaka terus memperkukuh landskap perkhidmatan kesihatan apabila Ketua Menterinya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyempurnakan majlis pecah tanah dua projek hospital utama iaitu Putra Specialist Hospital 2 dan Brain & Spine Hospital di Mukim Bukit Baru, hari ini. Menurut beliau, inisiatif tersebut menjadi mercu tanda baharu dalam usaha menjadikan Melaka sebagai hab pelancongan perubatan [...]