'Saya yakin itu tangan ibu' - Anak kongsi detik kenal pasti mangsa bunuh dikerat

KOTA KINABALU - Pemuda yang tampil menerusi siaran langsung di TikTok pada malam Jumaat dengan mendakwa dirinya anak kepada wanita yang dibunuh dan dikerat anggota badan, menceritakan detik awal dia mula mengesyaki sebahagian anggota badan yang tular di media sosial adalah milik ibunya.Menurutnya, ibunya tidak dapat dihubungi sejak keluar dari rumah pada Rabu untuk berjumpa dengan seorang rakan di Kota Kinabalu."Pada pagi Khamis, saya keluar bekerja dan sebaik tiba di tempat kerja, majikan memaklumkan ada kes bunuh yang tular di Taman Indah Permai."Saya ada bertanya kepada majikan sama ada mangsa lelaki atau wanita dan dimaklumkan wanita. Saya melihat gambar bahagian kaki yang tular, tetapi pada awalnya saya tidak menyangka itu kaki ibu saya," katanya ketika menceritakan semula kejadian itu.Katanya lagi, sekitar jam 11.30 pagi ketika pulang dari tempat kerja, abangnya menunjukkan gambar bahagian tangan yang turut tular di Facebook dan ketika itulah dia mula yakin anggota badan tersebut milik ibunya."Saya lihat gambar yang dimuat naik di ‘Story’, dan tangan itu memang seperti tangan ibu saya. Jadi saya terus berjumpa majikan dan memintanya melihat gambar berkenaan. Saya beritahu bahawa saya yakin itu tangan ibu saya."Saya dan majikan kemudian terus keluar untuk mencari ibu. Dari sekitar jam 11 pagi hingga lebih kurang jam 5 petang, kami mencarinya," katanya.Menurutnya, sekitar jam 5 petang, ibu saudaranya menerima panggilan daripada polis memaklumkan supaya ahli keluarga hadir untuk membuat pengecaman."Kami pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) sekitar jam 6 petang untuk tujuan pengecaman. Selepas dibuat pengecaman, memang sah itu ibu saya."Sebaik mengetahui perkara itu, dunia saya terasa hancur ketika itu. Perasaan sangat tidak tenang dan terlalu marah dengan individu yang melakukan perbuatan itu," katanya.Beliau berkata, pihak polis turut bertanyakan sama ada keluarga mempunyai sebarang syak terhadap mana-mana individu."Kami memaklumkan ada seorang suspek yang kami syaki. Selepas itu, polis menyemak rekod dan mendapati individu tersebut pernah mempunyai kes sebelum ini."Polis kemudian menyerbu rumahnya dan menemui kesan darah yang banyak di dalam rumah berkenaan, selain topi milik ibu saya yang biasa dipakainya," dakwanya.Menurutnya, suspek tersebut kemudiannya berjaya ditahan di sebuah hospital ketika mendapatkan rawatan kerana masalah jantung."Selepas suspek ditangkap, siasatan membawa kepada penahanan anaknya sekitar jam 11 malam kerana mungkin terlibat," katanya.Sebelum itu, dalam kejadian pagi Khamis lalu, mayat seorang wanita berusia 44 tahun yang dikerat kepada beberapa bahagian dibuang di tempat pembuangan sampah di kawasan Taman Indah Permai, Sepangar.Bahagian anggota badan mangsa pada awalnya ditemui oleh pekerja lori sampah yang melakukan kerja pembersihan di tempat pembuangan sampah tersebut sekitar jam 7 pagi.Susulan penemuan mayat tersebut, dua suspek berjaya ditahan dan polis memaklumkan bahawa suspek utama berusia 71 tahun merupakan tunang mangsa.Kejadian tersebut disiasat sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.