SANDAKAN - Dua beranak termasuk kanak-kanak berusia tujuh tahun maut selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan dalam kejadian di Batu 23, Jalan Labuk di sini pada Sabtu.Dalam kejadian tersebut, mangsa wanita berusia 28 tahun bersama anak perempuannya berusia tujuh tahun meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialami.Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, hasil siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang tiga sekeluarga datang dari arah pusat bandar menghala ke Beluran, manakala sebuah kereta datang dari arah Bukit Garam menghala ke pusat bandar Sandakan."Semasa tiba di lokasi, motosikal tersebut cuba memotong sebuah kenderaan lain dengan memasuki laluan bertentangan, namun telah bertembung dengan sebuah lagi kereta yang datang dari arah bertentangan."Akibat kejadian tersebut, mangsa iaitu pembonceng motosikal berusia tujuh tahun meninggal dunia di lokasi, manakala ibunya disahkan maut semasa menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent (HDOK)," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Katanya lagi, mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Unit Forensik HDOK untuk proses bedah siasat."Turut cedera ialah penunggang motosikal dan pemandu kereta serta dirawat di hospital sama."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.Beliau dalam pada itu turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.