KUALA LANGAT - Seorang remaja perempuan maut, manakala rakannya cedera apabila motosikal dinaiki terbabas selepas bergesel pada besi penghadang jalan di Kilometer 2 Jalan Olak Lempit - KLIA di sini pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, maklumat kejadian diterima Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) pada jam 1.15 petang.Menurutnya, siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Honda dinaiki hilang kawalan lalu bergesel dengan besi penghadang jalan."Insiden itu menyebabkan kedua-dua mangsa perempuan tercampak ke tengah jalan."Kemalangan itu menyebabkan pembonceng meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penunggang cedera di tangan serta kaki," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, kedua-dua mangsa berusia 18 tahun.Tambahnya, keluarga mangsa telah tampil ke BSPT IPD Kuala Langat untuk membuat laporan polis.Jelasnya, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh tampil menyalurkan maklumat."Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Mazrol Mohd Din di talian 011-18539115 atau 03-31872222 bagi membantu siasatan," ujarnya.