Hasrat pulang ke rumah tidak kesampaian
Sinar Harian

Hasrat pulang ke rumah tidak kesampaian

KUALA TERENGGANU – Seorang nelayan maut selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan dalam kejadian di Jalan Kampung Duyong, di sini, pada pagi Jumaat.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata mangsa, Mohamad Shahrin Mohd, 33, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.Menurutnya, pihak polis menerima maklumat mengenai kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Honda Beat itu kira-kira jam 7.30 pagi."Siasatan awal mendapati mangsa yang menetap di Kampung Duyong Kecil sedang dalam perjalanan dari arah bandar Kuala Terengganu menghala ke rumahnya."Apabila tiba di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar penghadang di sebelah kiri jalan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Azli berkata, akibat impak rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan serius dan disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan."Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987."Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Nurul Azwan Mohamad Taib, di talian 013-6038030 bagi membantu siasatan," ujarnya.

Go to News Site