Lelaki cedera khemah jual mercun terbakar
Sinar Harian

Lelaki cedera khemah jual mercun terbakar

IPOH - Seorang lelaki cedera selepas khemah menjual mercun musnah terbakar dalam kejadian di Dataran Lenggong di Lenggong, pada Jumaat.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.48 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar bergegas ke lokasi kejadian sejauh 42 kilometer."Kebakaran melibatkan empat khemah terbuka bersaiz 20 x 20 kaki persegi setiap satu musnah terbakar kira-kira 90 peratus dan melibatkan seorang mangsa berusia 34 tahun cedera," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Sabarodzi berkata, kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 3.56 petang. - Bernama

Go to News Site