Tujuh kawasan di Semenanjung alami gelombang haba - MetMalaysia
Sinar Harian

Tujuh kawasan di Semenanjung alami gelombang haba - MetMalaysia

KUALA LUMPUR - Sebanyak tujuh kawasan di Semenanjung Malaysia direkodkan berada pada Tahap 2 (gelombang haba) setakat pagi ini.Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan terlibat ialah Perlis; di Kedah meliputi Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Sik dan Baling; serta Hulu Perak di Perak.Dalam perkembangan sama, kemas kini status cuaca panas sehingga jam 6 pagi tadi turut menunjukkan 13 kawasan lain berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga).Kawasan tersebut ialah Padang Terap, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda dan Kulim-Bandar Baharu di Kedah; Timur Laut dan Utara di Pulau Pinang; Selama, Kinta, Kuala Kangsar dan Perak Tengah di Perak; serta Jerantut di Pahang.MetMalaysia menjelaskan, Tahap 2 atau gelombang haba diisytiharkan apabila suhu maksimum harian mencecah antara 37 hingga 40 darjah Celsius selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.Sementara itu, Tahap 1 merujuk kepada keadaan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius dalam tempoh yang sama.

Go to News Site