Utamakan simpan tunai berbanding emas
Sinar Harian

Utamakan simpan tunai berbanding emas

ALOR SETAR - Walaupun ramai mengambil kesempatan membeli emas ketika harga logam itu turun ketara ketika ini, namun ada berpendapat sekarang bukan masa sesuai menambah aset.Bagi peniaga, Sulatan Mohd Nor, 49, perkara lebih penting sekarang adalah kesedaran menyimpan bekalan barangan asas seperti makanan dan minuman sekiranya berlaku kecemasan."Saya rasa buat masa sekarang tak perlu beli emas lagi sebab ada benda lain yang perlu diutamakan, lebih-lebih lagi sekarang ini kos sara hidup tinggi, perbelanjaan sekarang dengan RM100 tak boleh beli banyak barang sebab barang semakin mahal."Fokus utama sekarang ini adalah barangan keperluan harian. Tapi kalau ada duit lebih bolehlah beli emas untuk tambah simpanan aset," katanya.Dalam pada itu, penjawat awam, Nik Mohd Afifi Nik Hashim, 37, mengakui dalam kalangan keluarganya, kesedaran membeli dan menyimpan emas sudah dididik sejak kecil."Tapi buat masa ini, apa yang ada itu cukuplah dulu, tak perlu nak tambah simpanan emas sebab yang lebih penting kukuhkan simpanan wang."Utamakan simpanan tunai terlebih dahulu kerana dalam tempoh seminggu dua ini, kita tak tahu apa akan berlaku," katanya.Jelasnya, kebimbangan juga memuncak sekiranya berlaku kenaikan harga bahan api susulan lonjakan harga minyak global akibat konflik di Asia Barat."Simpanan emas sesuai untuk jangka masa panjang tapi situasi konflik sekarang ini, kita tak tahu kesannya sampai bila. Jadi saya rasa lebih baik kalau kita buat persediaan menghadapi sebarang kemungkinan sekurang-kurangnya sehingga hujung tahun ini."Dalam keadaan orang ramai masih menyambut hari raya, baru pulang dari kampung, lebih baik kita menyimpan wang untuk digunakan sekiranya berlaku kecemasan di kemudian hari," jelasnya.

Go to News Site