Sinar Harian
SHAH ALAM – Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, iaitu Space Dollah mencuri tumpuan apabila dilihat seakan-akan memberi bayangan mengenai status hubungan adiknya bersama penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.Menerusi satu rakaman video tular di media sosial, Space Dollah atau nama sebenarnya Syed Abdullah dilihat teruja menerima hadiah daripada Bella ketika membuat siaran langsung di platform TikTok."Bella! Bella! Dia bagi saya banyak sangat hadiah... sebab hari itu apabila dia bagi angpau kepada mama, saya gembira."Awak bagi angpau kepada mama, awak tak bagi kepada saya... sekarang dia bagi saya hadiah. Terima kasih banyak, Bella," katanya.Namun, apa yang paling menjadi bualan ialah apabila Space Dollah secara tidak sengaja terlepas ungkapan ‘selamat datang ke keluarga’, seolah-olah memberi isyarat bahawa hubungan Bella dan Syed Saddiq semakin serius."Saya hargai awak. Saya sayang awak. Selamat datang ke... baru nak cakap selamat datang ke keluarga, eh," katanya secara spontan dalam rakaman tersebut.Rakaman tersebut kemudiannya menjadi tular dan mengundang spekulasi ramai mengenai kemungkinan pasangan itu akan melangkah ke fasa pertunangan dalam masa terdekat.Rata-rata netizen berkongsi harapan dan doa agar pasangan itu diberi kebahagiaan, malah ada yang memetik tarikh 28 Mac 2026 sebagai hari bersejarah yang bakal dinantikan dan dikatakan majlis pertunangan akan berlangsung pada sebelah petang.Seorang netizen menulis: "Ada ura-ura bilang BASS bakal bertunang pada 28.3.2026 ini, betul ke tarikh itu? Yang pasti Space Dollah dah ‘spill the tea’."Malah, ada netizen yang mendakwa majlis pertunangan tersebut bakal disiarkan secara langsung di sebuah portal hiburan.
Go to News Site