Rumah Bangsa: Permohonan Hishammuddin, KJ dibawa ke mesyuarat MKT bulan depan
Sinar Harian

Rumah Bangsa: Permohonan Hishammuddin, KJ dibawa ke mesyuarat MKT bulan depan

KOTA TINGGI - Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 17 April ini dijangka akan membincangkan permohonan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin untuk menyertai semula parti semula di bawah Rumah Bangsa.Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, selain dua pemimpin itu, beberapa bekas ahli UMNO lain yang turut menyatakan kesediaan untuk menyertai semula parti akan dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa, melihat perkembangan tersebut sebagai suatu yang positif dan percaya ia petanda baik gagasan Rumah Bangsa mula diterima."Saya akan bawa (dalam Mesyuarat MKT) atas semangat Rumah Bangsa. Kita lihat ini sebagai sesuatu yang positif."Akan ada keputusan yang baik ke arah Rumah Bangsa," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Projek JanaVeteran di Telok Sengat di sini, pada Sabtu.Ditanya sama berapa ramai yang sudah menghantar permohonan tersebut, Mohamed Khaled yang juga Menteri Pertahanan berkata, pihaknya masih mengumpul permohonan sehingga kini.Beliau juga memaklumkan tiada tempoh yang diputuskan untuk mana-mana bekas pemimpin atau ahli untuk menghantar permohonan tersebut.Hishammuddin yang juga bekas Naib Presiden UMNO bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan bekas Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang digantung keahliannya enam tahun.Sementara bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar Khairy Jamaluddin turut dipecat UMNO berikutan pelanggaran disiplin sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).Penggantungan dan pemecatan pemimpin UMNO tersebut diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO pada 27 Januari 2023.

Go to News Site