Media sosial Syed Saddiq dihujani ucapan tahniah termasuk menteri
Sinar Harian

Media sosial Syed Saddiq dihujani ucapan tahniah termasuk menteri

SHAH ALAM – Media sosial Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dihujani ucapan tahniah daripada orang ramai, rakan artis dan menteri susulan pengumuman pertunangannya dengan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.Rata-rata mereka menzahirkan rasa gembira serta mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan selepas berita pertunangan itu dikongsikan kepada umum.Antara yang turut meninggalkan ucapan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh."Congratulations Saddiq! Big boy now, wishing you nothing but pure happiness with Bella," tulisnya yang mengulang siar hantaran Syed Saddiq pada Sabtu.Dalam masa sama, beberapa selebriti tempatan turut berkongsi ucapan serta doa buat pasangan tersebut.Pelakon dan penyanyi, Fazura misalnya mendoakan agar segala urusan pasangan itu dipermudahkan."May Allah SWT bless and ease everything for you both today, tomorrow and the days to come… aminnn," katanya.Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza pula meninggalkan komen ringkas dengan menulis "Alhamdulillah".Turut menzahirkan ucapan tahniah ialah pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona yang menulis: "Congrats to both of you."Selain itu, pelakon Nora Danish turut meninggalkan reaksi emosi apabila menyatakan dirinya hampir menitiskan air mata melihat berita gembira berkenaan.Sementara itu, seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Kurt Koh menyifatkan berita pertunangan pasangan berkenaan sebagai antara berita paling indah tahun ini.Menurutnya, pasangan tersebut bukan sahaja dikenali sebagai figura popular tetapi juga memberi inspirasi kepada masyarakat melalui usaha dan kepimpinan mereka."Ini tanpa ragu antara berita paling indah tahun ini. Anda berdua ialah ‘power couple’ yang membawa harapan dan kegembiraan kepada rakyat Malaysia," tulisnya.

Go to News Site