Pemain bernilai RM270 juta antara 'dipetik' sebagai pengganti Salah
Sinar Harian

Pemain bernilai RM270 juta antara 'dipetik' sebagai pengganti Salah

LIVERPOOL dilaporkan bersedia untuk merombak jentera serangan mereka secara besar-besaran susulan Mohamed Salah yang akan meninggalkan kelab itu pada penghujung musim nanti.Bintang antarabangsa Mesir berusia 33 tahun itu mengumumkan awal minggu ini bahawa dia akan meninggalkan Anfield selepas sembilan tahun mencurahkan bakti bersama The Reds.Pemergian Salah bakal meninggalkan lompang besar memandangkan dia merupakan penjaring gol ketiga terbanyak sepanjang zaman kelab itu.Walaupun prestasinya musim ini dianggap agak merosot, mencari pengganti figura berpengaruh itu bukanlah satu tugas mudah buat pengurusan kelab.Memetik laporan media antarabangsa, Liverpool kini mengalihkan fokus untuk membawa masuk dua penyerang baharu iaitu seorang pemain berprofil tinggi dan seorang lagi bakat muda yang mempunyai potensi besar.Antara nama yang dikaitkan ialah bintang Juventus, Francisco Conceicao yang dinilai pada harga £52 juta (RM270 juta).Pemain Portugal itu dilihat sebagai calon ideal yang mempunyai gaya permainan terus (direct) yang selama ini menjadi senjata utama Salah di Liga Perdana Inggeris (EPL).Selain Conceicao, Liverpool turut memantau perkembangan pemain Aston Villa, Morgan Rogers yang menunjukkan prestasi cemerlang musim ini.Bagaimanapun, pemain berusia 23 tahun itu dijangka menelan belanja besar selepas baru sahaja menandatangani kontrak baharu.Turut berada dalam radar ialah bintang Bayern Munich, Michael Olise. Walaupun Liverpool amat meminati bekas pemain Crystal Palace itu, harganya dianggarkan melebihi £100 juta, selain faktor Olise yang dikatakan masih gembira beraksi di bawah bimbingan Vincent Kompany di Jerman.Beberapa nama lain yang disebut-sebut termasuklah Bradley Barcola yang dilihat sebagai pilihan lebih realistik, serta Yan Diomande yang turut menjadi buruan Manchester United.

Go to News Site