Collector
Lelaki ditahan bantu siasatan kes cabul pelajar sekolah di Seri Alam | Collector
Lelaki ditahan bantu siasatan kes cabul pelajar sekolah di Seri Alam
Sinar Harian

Lelaki ditahan bantu siasatan kes cabul pelajar sekolah di Seri Alam

JOHOR BAHRU – Polis Johor menahan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun bagi membantu siasatan kes cabul melibatkan seorang pelajar sekolah di kawasan Seri Alam yang tular di media sosial.Pemangku Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Hoo Chuan Huat berkata, pihak polis mengesan satu hantaran dimuat naik menerusi Facebook oleh akaun "Mohd Fadli Salleh" berkaitan kejadian tersebut pada Khamis.Menurut beliau, susulan itu pihak polis menerima laporan daripada ibu mangsa, seorang wanita tempatan berusia 37 tahun pada jam kira-kira 9 malam hari sama."Siasatan awal mendapati kejadian cabul berkenaan dipercayai berlaku sekitar tahun 2025 di kawasan Seri Alam, Johor," katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Seri Alam menahan suspek kira-kira jam 10.30 malam bagi membantu siasatan lanjut."Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah dan semakan rekod jenayah mendapati lelaki itu tidak mempunyai rekod kesalahan lampau," katanya.Menurut beliau, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Johor Bahru pada 22 Mei bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.Polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau komen yang boleh mengganggu siasatan selain mengalu-alukan maklumat berkaitan disalurkan kepada pihak berkuasa.

Go to News Site