Sinar Harian
GOMBAK - Tiga maut, manakala seorang parah selepas kenderaan dinaiki merempuh lori simen di Kilometer 34 Lebuhraya Karak menghala Kampung Sungai Chinchin di sini pada Jumaat.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, panggilan diterima pihaknya pada jam 2.07 pagi.Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang telah dikejarkan ke lokasi kejadian."Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Volkswagen yang melanggar bahagian belakang sebuah lori simen."Terdapat empat mangsa tersepit. Seorang mangsa wanita berusia 27 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan patah kaki kiri, manakala tiga mangsa lelaki berusia lingkungan 20-an disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bertugas sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.Tambahnya, operasi berjaya dikawal pada jam 3.15 pagi.
Go to News Site