Collector
POPULAR Jualan Hebat kembali dengan Pelbagai diskaun menarik | Collector
POPULAR Jualan Hebat kembali dengan Pelbagai diskaun menarik
Sinar Harian

POPULAR Jualan Hebat kembali dengan Pelbagai diskaun menarik

KUALA LUMPUR – Rangkaian kedai buku POPULAR kembali mengadakan kempen *POPULAR Jualan Hebat* dengan menawarkan pelbagai promosi menarik kepada pelanggan di seluruh negara bermula 22 Mei hingga 7 Jun 2026.Kempen tersebut berlangsung di semua kedai buku POPULAR/HARRIS serta menerusi platform POPULAR Online dengan pelbagai tawaran melibatkan buku, alat tulis, gajet IT dan ganjaran eksklusif untuk ahli POPULAR.Antara tawaran utama yang disediakan ialah diskaun sehingga 20 peratus bagi pembelian dua buah buku dan ke atas untuk kategori buku Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.Selain itu, produk CD-RAMA turut ditawarkan pada harga lebih menarik apabila pelanggan biasa menikmati diskaun sebanyak 10 peratus, manakala ahli POPULAR layak menerima potongan harga sehingga 15 peratus.Dalam masa sama, pelanggan juga boleh mendapatkan pelbagai tawaran istimewa bagi produk alat tulis dan gajet IT terpilih sepanjang tempoh kempen berlangsung.POPULAR turut memperkenalkan promosi "Beli dengan Belian" yang membolehkan pelanggan membeli barangan eksklusif pada harga lebih rendah dengan pembelian minimum RM60 dan ke atas.Menerusi promosi itu, pelanggan boleh mendapatkan POP Bazic Double Wall Insulated Tumbler with Straw 900ml – With Handle/Carry Strap pada harga RM39.90 berbanding harga asal RM79.90.Selain itu, SANDISK Ultra Dual Drive GO USB Type-C turut ditawarkan pada harga RM68 berbanding harga asal RM89.Bagi ahli POPULAR pula, pelanggan yang memohon atau memperbaharui keahlian Kad POPULAR Privilege selama tiga tahun akan menerima hadiah percuma eksklusif berupa bekas berus gigi.Pelanggan yang memohon atau memperbaharui Kad POPULAR selama setahun pula akan menerima satu Premium Pen ZEBRA SARASA.Orang ramai yang ingin menikmati tawaran tersebut boleh mengunjungi semua kedai buku POPULAR/HARRIS atau melayari platform POPULAR Online sepanjang tempoh kempen berlangsung.Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman web rasmi POPULAR di http://www.popular.com.my, mengunjungi Facebook rasmi POPULAR Malaysia atau memuat turun aplikasi POPULAR MY.

Go to News Site