Collector
Guru direman, JPN Johor tegas isu salah laku seksual di sekolah | Collector
Guru direman, JPN Johor tegas isu salah laku seksual di sekolah
Sinar Harian

Guru direman, JPN Johor tegas isu salah laku seksual di sekolah

JOHOR BAHRU – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku seksual melibatkan warga sekolah susulan isu yang tular di media sosial membabitkan sebuah sekolah di negeri ini.Menurut kenyataan JPN Johor pada Jumaat, beberapa laporan polis telah dibuat termasuk oleh pihak sekolah sehingga membawa kepada tahanan reman terhadap seorang guru bagi membantu siasatan pihak berkuasa.JPN Johor turut meminta polis menjalankan siasatan secara profesional dan menyeluruh supaya tindakan undang-undang dapat diambil sekiranya individu terbabit didapati bersalah."Sepanjang proses siasatan berjalan, guru terbabit akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah," menurut kenyataan itu.Dalam masa sama, JPN Johor memaklumkan pihaknya sedang bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan murid yang menjadi mangsa mendapat perlindungan serta kebajikan sewajarnya.JPN Johor menegaskan tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar peraturan atau terlibat dalam salah laku seksual di institusi pendidikan bawah kelolaannya.Orang ramai yang berdepan situasi sama turut dinasihatkan supaya membuat laporan polis dan tidak menarik balik laporan bagi memastikan siasatan dapat diteruskan serta tindakan sewajarnya diambil pihak berkuasa.

Go to News Site