Collector
Sidang DUN Khas Johor? “Tak confirm”-Pimpinan UMNO | Collector
Sidang DUN Khas Johor? “Tak confirm”-Pimpinan UMNO
Sinar Harian

Sidang DUN Khas Johor? “Tak confirm”-Pimpinan UMNO

JOHOR BAHRU - Teka-teki mengenai Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Khas Johor yang dikatakan akan membawa kepada pembubaran DUN pada 24 Jun depan terus menjadi perhatian apabila kepimpinan UMNO negeri masih berdiam diri berhubung perkara itu.Timbalan Speaker DUN Johor yang juga Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam, Datuk Samsolbari Jamali menjelaskan perkara itu masih belum disahkan."Tak 'comfirm'," katanya dengan ringkas.Sebelum itu, 26 Ketua UMNO Bahagian Johor hadir mesyuarat jawatankuasa yang diadakan di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor di sini pada Jumaat.Mesyuarat berkenaan dipengerusikan Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi UMNO Dan Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.Turut hadir, Timbalan Pengerusi UMNO Negeri Johor, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan dan Ketua Penerangan UMNO Negeri Johor, Md Israk Abdullah.Selain itu, turut kelihatan, kehadiran ketua-ketua sayap UMNO Negeri Johor, Ketua Wanita, Asiah Md Ariff; Ketua Pergerakan Pemuda, Noor Azleen Ambros dan Ketua Pergerakan Puteri, Rina Farhana Abdullah.Selepas selesai mesyuarat, Onn Hafiz ketika ditemui hanya tersenyum kepada media dan tiada sebarang sidang media diadakan."Tumpang lalu," selorohnya.Seorang Ketua Bahagian UMNO yang ditemui berkata, hanya perbincangan mengenai gerak kerja menyantuni rakyat yang menjadi agenda mesyuarat dan bukan mengenai tarikh PRN Johor."Kita bincang pasal gerak kerja, mana ada cakap pasal tarikh-tarikh pilihan raya ini," katanya ringkas.Usaha media mendapatkan komen daripada ketua bahagian lain juga gagal apabila kebanyakan mereka hanya senyum dan mengunci mulut.Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor terus menjadi perhatian selepas tersebarnya mesej berhubung sidang DUN khas yang didakwa akan berlakunya pembubaran DUN Johor.Mesej berkenaan tular selepas Onn Hafiz mengumumkan BN Johor akan bertanding di 56 kawasan DUN di Johor pada Sabtu lalu.Pada PRN Johor 2022, UMNO dan BN menang 40 daripada 56 kerusi dengan PH yang terdiri daripada DAP menang 10 kerusi, manakala PKR dan Amanah masing-masing satu kerusi.PN pula menang tiga kerusi yang mana Bersatu dua, manakala Pas, satu sementara Parti Ikatan Demokratik (Muda) juga satu kerusi.Penggal Kerajaan Negeri Johor hanya akan tamat pada April 2027.

Go to News Site