Collector
Tiga pelajar IPT maut, seorang parah kereta rempuh lori simen | Collector
Tiga pelajar IPT maut, seorang parah kereta rempuh lori simen
Sinar Harian

Tiga pelajar IPT maut, seorang parah kereta rempuh lori simen

GOMBAK - [DIKEMAS KINI] Tiga pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) maut, manakala seorang parah selepas kenderaan dinaiki merempuh lori simen di Kilometer 34 Lebuhraya Karak menghala Kampung Sungai Chinchin di sini pada Jumaat.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, panggilan diterima pihaknya pada jam 2.07 pagi.Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang telah dikejarkan ke lokasi kejadian."Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Volkswagen yang melanggar bahagian belakang sebuah lori simen."Terdapat empat mangsa tersepit. Seorang mangsa wanita berusia 27 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan patah kaki kiri, manakala tiga mangsa lelaki berusia lingkungan 20-an disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bertugas sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.Tambahnya, operasi berjaya dikawal pada jam 3.15 pagi.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Senior Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, semua mangsa yang menaiki kereta itu penuntut universiti dan dipercayai dalam perjalanan dari Genting Highlands menghala ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Gombak.Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta itu hilang kawalan dan melanggar belakang treler yang bergerak di laluan sama.Noor Ariffin berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Selayang dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Wanita yang cedera juga dirawat di Hospital Selayang. Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian menghubungi pegawai penyiasat trafik Inspektor Faizal Mohd @ Abd Aziz menerusi talian 019-2676097 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak 03-61262222 untuk membantu siasatan.

Go to News Site