Collector
‘Saya rasa bersalah, mama susah cari duit’ | Collector
‘Saya rasa bersalah, mama susah cari duit’
Sinar Harian

‘Saya rasa bersalah, mama susah cari duit’

IPOH -"Saya rasa serba salah sangat... saya tahu susah macam mana mama cari duit."Demikian luahan Nor Atheerah Nadzirah Mior Ikram Shah, 21, yang tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan detik cemas kejadian samun di gerai nasi bajet milik ibunya di tepi Jalan Lebuh Meru Raya pada Khamis.Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, dua suspek menunggang motosikal yang menyamar sebagai pelanggan melarikan sebuah peti wang mengandungi wang tunai RM300 serta sebuah telefon bimbit jenis iPhone 13 milik Nor Atheerah.Kejadian tersebut mendapat perhatian selepas tular di media sosial menerusi rakaman video berdurasi satu minit 25 saat yang dirakam Nor Atheerah ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok.Bercakap kepada Sinar Harian, anak ketiga daripada empat beradik itu berkata, semasa kejadian, dia berada seorang diri di gerai selepas ibunya keluar menghantar pesanan pelanggan (COD) bersama seorang pembantu.Menurutnya, kejadian berlaku terlalu pantas menyebabkannya tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghalang tindakan suspek."Berkali-kali saya minta maaf kepada mama sebab tak dapat jaga duit itu. Orang tengok macam RM300 sahaja, tapi bagi kami nak dapatkan jumlah itu sangat susah."Saya tahu susah macam mana mama berniaga. Setiap hari mama bangun seawal jam 3 pagi untuk sediakan juadah jualan. Inilah sumber pendapatan utama keluarga kami sejak lebih 20 tahun," katanya ketika ditemui pada Jumaat.Jelas Nor Atheerah, dua suspek terbabit menunjukkan tingkah laku mencurigakan sejak awal dan kelihatan tidak bersungguh untuk membeli."Masa saya cedok lauk, saya nampak dia macam nak ambil duit, tetapi saya sempat angkat kepala. Kali kedua, dia terus ambil dan lari," katanya.Tambahnya, kenderaan ibunya yang kebetulan sampai ke gerai cuba untuk mengejar motosikal suspek, namun gagal."Nampak dalam video saya jerit meminta tolong...saya panik dalam masa sama, sebak dan sedih kerana mereka larikan wang jualan mama," katanya.Pelajar lepasan diploma Kolej Vokasional Ipoh itu mengakui masih trauma dan tidak berani berada bersendirian selepas kejadian tersebut."Sebagai anak perempuan tunggal dalam keluarga, memang inilah rutin saya. Membantu ibu di gerai dari kecil setiap kali habis sekolah atau semasa cuti kolej," katanya.Sementara itu, ibu Nor Atheerah, Masjida Yanti Nasution Abdullah Omar, 51, berkata, meskipun terkejut, dia tetap bersyukur kerana anaknya selamat dalam kejadian itu.Menurutnya, kejadian tersebut merupakan yang pertama berlaku sepanjang lebih 20 tahun mereka berniaga."Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tak mengapalah. Saya dah reda apa yang hilang itu, itu dunia...asalkan anak saya selamat," katanya yang memaklumkan perniagaan tetap akan diteruskan seperti biasa dan kembali beroperasi Isnin ini.

Go to News Site