Sinar Harian
SUNGAI PETANI – Peserta tapak ekspo di Dataran Jam Besar di sini tidak menyangka hasrat meneruskan perniagaan pada hari kedua, berakhir tragedi apabila seorang peniaga maut manakala tiga lagi cedera dalam insiden letupan gas pada Khamis.Salah seorang mangsa, Khairul Shakirin Saad, 36, berkata, tidak menyangka turut terkena serpihan tong gas walaupun berada pada jarak kira-kira 100 meter dari lokasi letupan.Menurutnya, semasa kejadian, dia bersama seorang rakan sedang berbincang dengan pihak penganjur sebelum terdengar letupan kuat di kawasan berkenaan."Masa kejadian, saya dan seorang lagi kawan tengah bincang dengan penganjur, secara tiba-tiba terdengar letupan kuat membuatkan semua yang ada di situ tergamam."Gelap sebab lampu terpadam seketika...pinggang rasa sakit, perut senak dan terjatuh."Selepas itu, baru kami perasan ada seorang lagi rebah, mereka kata dia meninggal dunia," katanya.Seorang lagi mangsa, Norseri Ahmad Kasa, 49, dari Pulau Pinang berkata, dia sedang meninjau tapak ekspo bersama isteri dan anak sebelum kejadian berlaku."Saya terkejut dengar bunyi letupan kuat...rasa sakit di perut, bila tengok, ada kesan cedera," katanya.Seorang lagi remaja lelaki dilaporkan turut mengalami kecederaan akibat insiden terbabit.Mangsa maut dikenali Azmi Ahmad, 42, yang dilaporkan mengalami putus tangan kanan dan cedera di dada kanan akibat terkena letupan.Difahamkan, tong gas yang meletup dipercayai digunakan untuk mengisi belon udara kanak-kanak di tapak ekspo berkenaan.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, dua lelaki berusia 38 dan 18 tahun direman disyaki mempunyai kaitan dengan insiden terbabit."Mereka dikatakan sedang membancuh bahan kimia dipercayai mempunyai kaitan dengan letupan dan perniagaan belon udara kanak-kanak," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Seorang maut, tiga cedera dalam letupan di tapak ekspoLetupan di tapak ekspo: Dua lelaki ditahan bantu siasatanMenurutnya, lelaki pertama direman empat hari manakala seorang lagi dibenarkan reman selama sehari bagi membantu siasatan.Penganjuran ekspo dijadualkan bermula 20 hingga 26 Mei depan.Kes disiasat bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian seseorang dengan melakukan sebarang tindakan cuai.
Go to News Site