Sinar Harian
KUALA LANGAT – Seorang lelaki cedera akibat tersepit selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Bulatan Pulau Carey menghala ke Kampung Sawah, Jenjarom, Teluk Panglima Garang pada Jumaat.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.59 petang."Seramai empat anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Panglima Garang bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 2.1 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Ahmad Mukhlis berkata, pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira empat minit kemudian dan mendapati mangsa berusia lingkungan 50-an tersepit di dalam sebuah kereta jenis Perodua Viva."Anggota bomba menjalankan kerja menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum berjaya dibawa keluar pada jam 3.25 petang."Mangsa mengalami kecederaan dan diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut," katanya.
Go to News Site