Collector
Fei-Din jumpa Aaron-Wooi Yik di separuh akhir Masters Malaysia | Collector
Fei-Din jumpa Aaron-Wooi Yik di separuh akhir Masters Malaysia
Sinar Harian

Fei-Din jumpa Aaron-Wooi Yik di separuh akhir Masters Malaysia

MALAYSIA sudah mengesahkan sekurang-kurangnya satu wakil ke final acara beregu lelaki Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2026 apabila dua pasangan utama negara bakal membuat perhitungan di separuh akhir, esok.Beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani akan berdepan pasangan nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam aksi tumpuan di Unifi Arena, Bukit Jalil.Sze Fei-Izzuddin terlebih dahulu mengesahkan tempat dalam kelompok empat terbaik selepas menundukkan pasangan Jepun, Kakeru Kumagai-Hiroki Nishi 21-17, 16-21, 21-16 dalam tempoh 53 minit.Pasangan ranking kesembilan dunia itu bagaimanapun dipaksa bekerja keras sebelum memastikan kemenangan dalam pertarungan tiga set.Aaron-Wooi Yik kemudian melengkapkan kemaraan negara apabila menewaskan pasangan China, Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi 21-15, 21-16 dalam tempoh 34 minit.Pertembungan sesama sendiri itu dijangka sengit memandangkan kedua-dua pasangan kini berada dalam prestasi terbaik selepas turut mencipta kemaraan konsisten dalam beberapa kejohanan sebelum ini.Sze Fei-Izzuddin sebelum ini mara ke separuh akhir Terbuka Thailand minggu lalu, manakala Aaron-Wooi Yik terus membuktikan status mereka sebagai antara beregu paling konsisten negara musim ini.

Go to News Site