Collector
[VIDEO] Penarik kereta mengaku tidak bersalah baling kerusi kepada isteri hingga patah tangan | Collector
[VIDEO] Penarik kereta mengaku tidak bersalah baling kerusi kepada isteri hingga patah tangan
Sinar Harian

[VIDEO] Penarik kereta mengaku tidak bersalah baling kerusi kepada isteri hingga patah tangan

MELAKA - [KEMAS KINI] Seorang penarik kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada Jumaat atas pertuduhan mendatangkan cedera terhadap isterinya dengan membaling kerusi meja solek sehingga menyebabkan mangsa patah tangan kiri dalam kejadian dua minggu lalu.Tertuduh, Muhammad Rizman Akmal Ahmadiah, 28, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 27 tahun sehingga mendatangkan cedera parah dan disahkan pegawai perubatan, Dr Durratul Ain Shohaimi ketika mangsa menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor.Perbuatan itu didakwa dilakukan pada 6 Mei 2026 sekitar jam 6.30 pagi di sebuah rumah di Kampung Seri Mawar, Paya Redan, Tiang Dua dalam daerah Melaka Tengah, Melaka.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.Siasatan awal polis mendapati, berlaku pertengkaran mulut antara pengadu dengan suaminya yang juga suspek. Suspek dikatakan mengamuk selepas pengadu tertampar pipi kirinya.Punca kejadian dipercayai berlaku apabila pengadu memeriksa telefon bimbit suspek dan mendapati lelaki itu menonton video tidak senonoh wanita menerusi aplikasi media sosial.Pengadu kemudian menegur dan memarahi suspek sehingga tercetus pertengkaran tersebut.Timbalan Pendakwa Raya, Rif’ah ‘Izatti Abdul Mutalif mencadangkan mahkamah menetapkan jaminan RM15,000 serta syarat tambahan dilarang mengganggu mangsa sepanjang tempoh kesSementara itu, dalam prosiding berasingan di Mahkamah Majistret, tertuduh turut berdepan satu lagi pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang penjawat awam iaitu anggota polis dengan cara bergelut bagi menghalang penjawat awam itu menjalankan tugas sahnya.Perbuatan itu didakwa dilakukan pada 8 Mei 2026 kira-kira jam 11.45 pagi di alamat sama.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.Tertuduh turut mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman dan Timbalan Pendakwa Raya, Shaza Nur Sharif mencadangkan jaminan RM8,000.Peguam Fahmy Sulaiman yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah memandangkan anak guamnya yang turut bekerja sambilan sebagai wakil insurans dan penghantar makanan perlu menanggung isteri serta seorang anak berusia setahun.Selain itu, tertuduh turut menanggung ibu bapa dan dua adik yang masih bersekolah, manakala bapanya menghidap penyakit jantung serta kolesterol.Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM8,000 bagi kes pertama dan RM3,500 bagi pertuduhan kedua serta menetapkan 30 Jun 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes.

Go to News Site