Collector
Remaja perempuan maut, lapan cedera dalam dua kemalangan | Collector
Remaja perempuan maut, lapan cedera dalam dua kemalangan
Sinar Harian

Remaja perempuan maut, lapan cedera dalam dua kemalangan

IPOH – Seorang remaja perempuan maut manakala lapan lagi cedera dalam dua kemalangan jalan raya berasingan yang berlaku di Ayer Tawar, Manjung dan Bidor, Tapah awal pagi Ahad.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian pertama dilaporkan pada jam 1.15 pagi membabitkan dua kenderaan di hadapan Petronas Changkat Cermin, Changkat Cermin, Ayer Tawar.Menurutnya, kemalangan melibatkan sebuah Honda CRV dan Perodua Kancil itu menyebabkan dua mangsa yang menaiki Perodua Kancil tersepit."Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala seorang lagi mangsa lelaki berusia 18 tahun mengalami kecederaan parah."Pemandu Honda CRV bagaimanapun terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar dan BBP Seri Iskandar yang tiba pada jam 1.24 pagi menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.Katanya, mangsa lelaki yang cedera dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM untuk rawatan lanjut manakala mayat mangsa wanita diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.Menurut beliau, operasi yang melibatkan 17 anggota dengan dua jentera tamat sepenuhnya pada jam 3.18 pagi.Sementara itu, dalam satu lagi kejadian yang berlaku sekitar jam 5.14 pagi di Kilometer 342.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Bidor, tujuh individu cedera selepas dua kenderaan terbabit dalam kemalangan.Sabarodzi berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah Ford Ranger yang dinaiki enam individu dengan sebuah Honda Civic."Terdapat seorang wanita berusia 42 tahun yang menaiki Ford Ranger tersepit, manakala lima lagi mangsa mengalami kecederaan ringan dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba."Pemandu Honda Civic iaitu seorang wanita berusia 21 tahun turut mengalami kecederaan ringan dan telah dibantu keluar oleh orang awam," katanya.Menurutnya, anggota dari BBP Bidor menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa tersepit sebelum semua mangsa diberikan rawatan awal oleh pegawai perubatan dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.Operasi yang melibatkan enam anggota dengan sebuah jentera itu berjaya dikawal pada jam 6.20 pagi sebelum tamat lima minit kemudian.

Go to News Site