Collector
Lelaki ditemukan maut dalam kereta ada 20 rekod jenayah, narkotik | Collector
Lelaki ditemukan maut dalam kereta ada 20 rekod jenayah, narkotik
Sinar Harian

Lelaki ditemukan maut dalam kereta ada 20 rekod jenayah, narkotik

BALING – Seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta berhampiran tanah perkuburan Cina di Simpang Tiga Tawar di sini pada Jumaat didapati mempunyai 20 rekod jenayah dan narkotik.Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Anak Richard Joe berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 11.35 pagi sebelum sepasukan anggota polis dikerahkan ke lokasi.Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati sebuah kereta jenis Proton Wira berada dalam keadaan berkunci dengan seorang lelaki dipercayai telah meninggal dunia berada di dalam kenderaan terbabit."Pasukan bomba dan penyelamat kemudian hadir membantu membuka pintu kenderaan serta mengeluarkan mangsa."Pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah turut menjalankan pemeriksaan dan tindakan forensik di lokasi kejadian," katanya pada Sabtu.Beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an itu mempunyai sebanyak 20 rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan jenayah dan narkotik.Katanya, pemeriksaan lanjut turut mendapati kereta yang digunakan mangsa mempunyai rekod hilang dan dikaitkan dengan laporan polis di Pendang yang disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan."Polis turut merampas kenderaan tersebut bagi tujuan siasatan lanjut oleh pegawai penyiasat kes," ujarnya.Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).Beliau turut meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu demi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.Katanya, individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes boleh menghubungi Ketua Polis Balai Tawar atau tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Go to News Site