Collector
Diekori 30km sebelum dicekup bawa 1.2 tan minyak subsidi | Collector
Diekori 30km sebelum dicekup bawa 1.2 tan minyak subsidi
Sinar Harian

Diekori 30km sebelum dicekup bawa 1.2 tan minyak subsidi

BACHOK - Taktik seorang lelaki membawa hampir 1.2 tan minyak masak bersubsidi dipercayai untuk diseleweng terbongkar selepas kenderaannya diekori sejauh kira-kira 30 kilometer sebelum diberkas dalam Ops Tiris 4.0 di Kampung Pauh Lima di sini pada petang Sabtu.Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, suspek berusia 43 tahun itu ditahan sekitar jam 3.20 petang selepas pasukan operasi mengekori sebuah Proton Exora dari kawasan Tok Bali.Menurut beliau, operasi bersepadu itu melibatkan Unit Risikan dan Tindakan Khas (URTK) KPDN Kelantan bersama Pasukan Polis Marin, Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh serta KPDN Cawangan Pasir Mas."Pasukan melakukan gerakan risikan dan pemantauan sebelum mengesan sebuah kenderaan mencurigakan di Tok Bali."Kenderaan itu kemudian diekori hampir 30km sebelum berjaya ditahan di Jalan Hulu Masjid Pauh Lima, Kampung Pauh 5," katanya ketika dihubungi pada Ahad.Beliau memberitahu, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu menemukan sebanyak 1,292 kilogram minyak masak bersubsidi pelbagai jenama dipercayai untuk tujuan penyelewengan.Ujarnya, nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan RM13,230.Aswadi memberitahu, suspek turut mengaku tinggal berhampiran kawasan sempadan dan mendakwa baru pertama kali ditahan pihak berkuasa kerana menjalankan aktiviti tersebut."Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat melakukan kesalahan," katanya.Tambah beliau, KPDN Kelantan akan terus memperkukuh operasi risikan dan tindakan bersepadu bersama agensi penguat kuasa lain terutama di kawasan sempadan serta laluan panas bagi membanteras ketirisan barang kawalan bersubsidi.

Go to News Site