Collector
'Kami rancang nak pulang sambut hari raya korban di Kelantan esok' - Ibu mangsa lemas | Collector
'Kami rancang nak pulang sambut hari raya korban di Kelantan esok' - Ibu mangsa lemas
Sinar Harian

'Kami rancang nak pulang sambut hari raya korban di Kelantan esok' - Ibu mangsa lemas

DUNGUN - Dua beradik, Muhammad Amir Ashraf Mohd Zul-Zunaidi, 15, dan Muhammad Aidil Amsyar, 14, yang lemas ketika mandi di Sungai Beril berhampiran Taman Beril, Paka di sini sepatutnya pulang ke kampung bersama keluarga untuk menyambut Aidiladha di rumah nenek mereka, esok.Ibu mangsa, Siti Nurfitriah Hasan, 35, berkata, dia bersama suami, Mohd Zul-Zunaidi Mohd Baldin, 40, dan keluarga merancang untuk pulang ke kampung halaman suaminya di Melor, Kota Bharu, Kelantan pada petang esok bagi menyambut Aidiladha. "Anak sulung dan anak kedua saya itu begitu gembira dan teruja apabila kami merancang untuk pulang menyambut hari raya korban di Kelantan, namun hasrat itu tak kesampaian," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini petang tadi.Dua beradik tersebut dilaporkan lemas ketika mandi bersama dua lagi rakan mereka yang terselamat, Muhammad Farish Iqbal Cik Mohanarunasdi, 14, dan Muhammad Afi Naashif Adli Noone, 15, dalam kejadian pada 10.56 pagi tadi. Mayat Muhammad Amir Ashraf telah ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 3.47 petang, manakala Muhammad Aidil Amsyar masih belum ditemukan dan operasi SAR diteruskan pada petang tadi.Siti Nurfitriah berkata, dia tidak menyangka dua anaknya itu pergi mandi di sungai tersebut kerana mereka memaklumkan ingin pergi makan roti canai di sebuah kedai makan tidak jauh dari rumahnya.Dia berkata, sungai berkenaan terletak kira-kira empat kilometer dari rumah mereka di Kampung Kolam di sini."Saya hanya mengetahui kejadian yang menimpa dua anak lelaki saya itu selepas dimaklumkan oleh jiran kira-kira 11 pagi tadi," katanya. - Bernama

Go to News Site