Collector
Giriş Yap
'Ada macam gua, saya rasa macam disuruh masuk' — Jaslinda | Collector
'Ada macam gua, saya rasa macam disuruh masuk' — Jaslinda

'Ada macam gua, saya rasa macam disuruh masuk' — Jaslinda

SHAH ALAM – Pengalaman menemui kawasan yang dipercayai menyerupai sebuah gua menjadi antara detik cemas dan mencabar yang dilalui pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, sepanjang 14 hari hilang di kawasan Gunung Batu Putih, Tapah, Perak.Kisah Jaslinda yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu dilaporkan hilang ketika menyertai pendakian Trans Spencer Chapman itu tular di media sosial menerusi beberapa klip video yang memaparkan pengalamannya sepanjang berada dalam hutan.Menceritakan semula detik awal kejadian Jaslinda berkata, dia meneruskan perjalanan seorang diri selepas rakannya memintanya bergerak terlebih dahulu bagi mendapatkan bantuan.Menurutnya, keadaan menjadi semakin mencabar apabila dia mula hilang arah dan berulang kali kembali ke lokasi yang sama meskipun cuba mencari jalan keluar."Saya jatuh banyak kali. Saya berpusing-pusing dan keluar di tempat yang sama."Kemudian saya cuba ubah haluan ke kanan sebelum menemui kawasan berbukit," katanya.Jaslinda berkata, bentuk muka bumi yang mencabar serta keadaan tanah yang lembik menyebabkan pergerakannya menjadi semakin sukar."Macam nak mati sebab tanah terlalu lembik. Turun naik kawasan berbukit tanpa henti. Ada air di kawasan itu dan saya minum air tersebut," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'Jaslinda sudah ditemui - PolisJaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - JaslindaSaya tahu orang rumah saya kuat - Suami JaslindaOperasi SAR Jaslinda penuh cabaran namun berakhir gembiraDalam keadaan berusaha mencari jalan keluar, Jaslinda mendakwa menemui sebuah kawasan dipercayai gua yang menjadi antara pengalaman yang masih diingatinya sehingga kini."Dia ada macam gua. Saya masuklah dan rasa macam disuruh (seolah-olah) masuk," katanya.Jaslinda dilaporkan ditemui selamat selepas 14 hari hilang ketika mendaki di Gunung Batu Putih dan berada di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu pada Sabtu.Penemuan itu disahkan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon.Sebelum kejadian, Jaslinda bersama 13 pendaki lain dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian pada 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Jaslinda dan seorang lagi pendaki dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan berhenti mendaki, namun dia kemudiannya meneruskan perjalanan ke puncak sebelum dilaporkan hilang dan kali terakhir dilihat pada 24 Mei lalu.

Go to News Site