Collector
Giriş Yap
Dicekup curi kabel di landasan kereta api | Collector
Dicekup curi kabel di landasan kereta api

Dicekup curi kabel di landasan kereta api

KLANG - Kegiatan seorang lelaki mencuri kabel di kawasan landasan Kilometer (km) 36.215 - Downline Klang ditumpaskan pada Sabtu.Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan, kira-kira jam 1.15 tengah hari, anggota Polis Bantuan KTMB bersama Pasukan Taskforce D4 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerima maklumat berhubung gangguan litar landasan (track occupied) ketika menjalankan rondaan.Menurutnya, seorang lelaki kemudian dikesan dalam keadaan mencurigakan sedang merentap serta mencuri kabel di kawasan landasan."Tindakan pantas anggota Polis Bantuan KTMB dengan bantuan Pasukan Taskforce D4 JSJ IPD Klang Selatan betkaya menahan lelaki terbabit."Hasil pemeriksaan menemui beberapa gulung kabel serta peralatan yang dipercayai digunakan untuk melakukan kegiatan itu," katanya dalam kenyataan di Facebook.Tambah KTMB, pemeriksaan lanjut oleh pihak teknikal mengesahkan gangguan litar landasan berpunca daripada perbuatan mencuri kabel.Katanya, suspek bersama barang rampasan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut.Justeru, KTMB merakamkan penghargaan kepada Polis Bantuan KTMB dan IPD Klang Selatan atas tindakan pantas dalam memastikan keselamatan operasi kereta api serta melindungi aset dan infrastruktur perkhidmatan rel negara."KTMB melalui Pasukan Polis Bantuan akan terus mempergiat rondaan dan pemantauan keselamatan bagi memastikan keselamatan infrastruktur landasan serta kelancaran operasi tren sentiasa terjamin," ujarnya.Tegas KTMB, perbuatan menceroboh dan merosakkan harta benda kereta api adalah satu kesalahan serius mengikut Akta Keretapi 1991 (Akta 463) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) yang memperuntukkan tindakan tegas termasuk denda, penjara atau kedua-duanya sekali terhadap pesalah yang disabitkan kesalahan."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang aktiviti mencurigakan di kawasan landasan diminta untuk segera menghubungi pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Pusat Pengumpulan & Penyaluran Maklumat Polis Bantuan KTMB di talian 03-2263 1194 yang beroperasi 24 jam bagi membolehkan tindakan segera diambil," ujarnya.

Go to News Site