Sinar Harian
IPOH - Keupayaan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, bertahan selama 15 hari di hutan sebelum ditemui selamat disifatkan sebagai bukti semangat survival yang tinggi.Presiden Persatuan Malim Gunung Malaysia (PMGM), Muzafar Mohamad berkata, faktor utama yang membolehkan Jaslinda terus bertahan bukan semata-mata kemahiran mendaki, sebaliknya kekuatan mental dan keazaman untuk keluar dari situasi mencabar."Ini bukan soal kemahiran semata-mata, tetapi semangat untuk terus hidup dan keluar dari hutan. Survival dalam diri beliau itu sangat kuat," katanya.Beliau berkata, kawasan pencarian yang dilalui mangsa sebelum ditemui juga merupakan antara laluan yang pernah diterokai pasukan penyelamat dari pelbagai arah, sama ada melalui darat mahupun udara.Katanya, berdasarkan jangkaan laluan yang dilalui mangsa, Jaslinda dipercayai bergerak mengikut aliran sungai yang menjadi antara faktor penting dalam memastikan kelangsungan hidup.ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'Jaslinda sudah ditemui - PolisJaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - JaslindaSaya tahu orang rumah saya kuat - Suami JaslindaOperasi SAR Jaslinda penuh cabaran namun berakhir gembira'Ada macam gua, saya rasa macam disuruh masuk' — Jaslinda"Kalau ikutkan laluan yang dia ambil, kawasan itu sangat sukar, berlembah dan dipenuhi air terjun. Malah, pasukan malim sendiri menghadapi cabaran untuk sampai ke lokasi tersebut."Kebiasaannya dalam situasi begini, individu yang sesat akan cuba kekal berhampiran sumber air. Itu yang membantu dia untuk terus bertahan. Jika jauh dari sungai, kemungkinan untuk 'survive' itu lebih rendah," jelasnya.Penyelaras Kerja Malim Gunung bagi operasi mencari Jaslinda itu menasihatkan pendaki agar tidak bertindak di luar jangka sekiranya tersesat ketika melakukan aktiviti rekreasi di hutan atau gunung.Jelasnya, pada peringkat awal kehilangan, pasukan penyelamat akan menumpukan pencarian di laluan sedia ada."Apabila mangsa bergerak semakin jauh, ia menyukarkan usaha menjejak dan melambatkan proses menyelamat," katanya.Beliau turut menekankan kepentingan sistem ‘buddy’ atau bergerak secara berkumpulan dalam setiap aktiviti rekreasi bagi meningkatkan tahap keselamatan."Kita meletakkan diri kita sepenuhnya kepada alam, jadi peluang untuk bertahan juga banyak bergantung kepada rakan."Mereka inilah yang boleh membantu, memberi sokongan dan memastikan kita selamat dalam situasi kecemasan," ujarnya.Pada Sabtu, Jaslinda ditemui dalam keadaan selamat selepas dilihat berjalan seorang diri di atas jambatan di Kampung Lubuk Gaharu dekat Pos Musoh, Tapah.Kehadiran itu disedari penduduk orang asli, Bah Roslan Bah Sulpok, 51, yang sedang memancing sekitar jam 5.10 petang.
Go to News Site