Sinar Harian
SHAH ALAM – Aktivis politik, Mohd Hisyamuddin Ghazali atau lebih dikenali sebagai Syam Ghaz, dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang baharu.Berita pelantikan itu dikongsikan menerusi hantaran di laman Facebook Perpaduan Madani Kedah.Syam menggantikan Datuk Ismail Yusop yang difahamkan akan ditugaskan ke jawatan baharu selepas lebih setahun menerajui jabatan berkenaan.Sebelum ini, Dr Mohd Khairuddin Othman yang kini merupakan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dilantik menggantikan Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff pada Mac 2023.Jawatan itu kemudian diisi oleh Datuk Ismail Yusop selepas perkhidmatan Dr Mohd Khairuddin ditamatkan pada September 2023.Sementara itu, pelantikan tersebut disahkan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang turut merakamkan penghargaan kepada Ismail atas khidmat baktinya sebelum ini."Saya cuma mahu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Datuk Ismail yang dipanggil untuk tugas baharu oleh Pejabat Perdana Menteri."Dan selamat datang kepada saudara Syam Ghaz yang dipilih untuk menerajui unit komunikasi (J-KOM)," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi pada Isnin.
Go to News Site