Collector
Giriş Yap
McDonald's Malaysia santuni asnaf di seluruh negara | Collector
McDonald's Malaysia santuni asnaf di seluruh negara

McDonald's Malaysia santuni asnaf di seluruh negara

​KUALA TERENGGANU – McDonald’s Malaysia meneruskan komitmen murninya menyantuni golongan memerlukan menerusi Program Korban McDonald's dengan melaksanakan ibadah korban di seluruh negara sempena sambutan Hari Raya Aidiladha kali ini.​Bagi negeri Terengganu, program tersebut telah dilaksanakan dengan kerjasama Masjid Al-Muktafi Billah Shah dan Masjid Sultan Muhammad, Jalan Pasir Panjang, manakala proses pengagihan pula dijalankan di restoran McDonald’s Batu Buruk.​Pengerusi Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Amir Sabri Abdul Ghani berkata, program kolaborasi bersama badan korporat seperti ini sangat penting dalam membantu golongan asnaf, selain memupuk semangat gotong-royong dalam kalangan komuniti setempat serta sukarelawan.​"Walaupun masjid ini berada di tengah bandar, kita masih mempunyai golongan miskin bandar yang memerlukan. Mungkin dengan ibadah korban setahun sekali seperti inilah membolehkan mereka berpeluang menikmati hidangan daging.​"Pihak masjid amat menggalakkan penglibatan badan korporat. Malah di masjid ini, kami mempunyai 25 keluarga angkat yang dibantu setiap bulan dari segi penyediaan bahan mentah sejak tahun 2016 hasil sumbangan bank dan syarikat tempatan," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.​Beliau turut berterima kasih kepada McDonald's Malaysia atas sumbangan dua ekor lembu yang memberikan impak besar kepada komuniti dan berharap usaha sedemikian dapat diteruskan serta dikembangkan ke tempat lain pada masa hadapan.Manfaat 2,000 keluarga​Menerusi inisiatif tahun ini, McDonald’s Malaysia menyumbangkan sebanyak 25 ekor lembu korban di seluruh negara dan mengadakan majlis pengagihan di lima buah negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Pahang, Perlis dan Kedah melibatkan institusi masjid terpilih bermula 27 Mei hingga 29 Mei lalu.​Inisiatif memasuki tahun keenam sejak diperkenalkan pada 2021 itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 2,000 keluarga.Selain daging korban, pihak McDonald’s Malaysia turut menyampaikan hampir 1,000 Kotak Rezeki mengandungi barangan keperluan harian dan hidangan McDonald’s kepada golongan asnaf.Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, peranan syarikat berkenaan bukan sekadar terhad kepada operasi perniagaan, sebaliknya bertindak sebagai jiran yang prihatin.​"Aidiladha mengingatkan kita tentang erti pengorbanan, kesyukuran dan perkongsian rezeki. Melalui sumbangan lembu korban ini, kami berharap dapat meringankan beban keluarga yang memerlukan di samping mengeratkan hubungan bersama masyarakat setempat," ujar beliau.Bantu ringankan bebanan asnaf​Sementara itu, penerima sumbangan, Mohamad Nurhidayatullah al Hafiz Mohd Ismail, 26, yang bekerja sebagai bilal di Masjid Sultan Mohamad Bukit Besar, di sini menzahirkan rasa syukur atas bantuan berganda yang diterimanya.​"Bantuan ini amat meringankan beban saya yang menyara seorang isteri dan seorang anak dengan pendapatan RM1,500 sebulan, lebih-lebih lagi dalam keadaan harga barang yang semakin meningkat sekarang. Saya berharap agar agensi kerajaan dan pihak swasta lain juga dapat mencontohi langkah McDonald’s Malaysia dalam membantu golongan susah," katanya.​Nada yang sama turut dikongsi oleh seorang ibu tunggal, Azarina Shaari, 45, dari Jalan Ibrahim, Bukit Besar yang menyuarakan rasa terharu dan gembira atas keprihatinan yang ditunjukkan.​"Sumbangan ini membantu meringankan beban saya sebagai ibu yang berdikari dan suri rumah yang turut bekerja dalam mendepani kos sara hidup sekarang."Terima kasih kepada McDonald’s Malaysia dan semua kakitangan yang terlibat. Saya berharap sumbangan daripada pihak-pihak lain juga akan terus ada untuk membantu asnaf seperti kami," katanya.

Go to News Site