Collector
Giriş Yap
Op Naga tahan vesel pukat tunda guna tangki minyak tambahan, kru Vietnam | Collector
Op Naga tahan vesel pukat tunda guna tangki minyak tambahan, kru Vietnam

Op Naga tahan vesel pukat tunda guna tangki minyak tambahan, kru Vietnam

​PULAU REDANG – Gambar identiti vesel berlesen berbeza dengan vesel sebenar, pemasangan struktur tangki minyak tambahan serta menggunakan tekong dan kru asing tanpa izin antara taktik dikesan selepas penahanan dua vesel pukat tunda di perairan Pulau Redang di sini pada Isnin.Operasi Op Naga digerakkan Jabatan Perikanan (DOF) bermula jam 11 malam.​Vesel pukat tunda pertama dikesan menjalankan aktiviti menunda ikan pada jarak kira-kira lapan batu nautika dari Pulau Redang, iaitu di dalam kawasan larangan menangkap ikan sejauh 12 batu nautika dari pulau berkenaan, manakala vesel kedua melibatkan bot pukat tunda Zon C yang berlabuh dan disyaki beroperasi tanpa lesen sah serta dikendalikan seorang tekong bersama empat kru warga Vietnam.Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, pemeriksaan lanjut ke atas salah satu vesel berkenaan menemui pelbagai keraguan taktikal.Menurutnya, DOF mengesan taktik mencurigakan salah sebuah vesel di mana gambar identiti yang dilesenkan adalah berbeza sama sekali dengan fizikal vesel yang ditahan."Bot pukat tunda tersebut turut dikesan dilengkapi dengan lima buah tangki minyak, di mana satu tangki didapati berisi minyak, manakala empat tangki lagi berada dalam keadaan kosong."Taktik menggunakan gambar identiti vesel berlesen yang berbeza dengan vesel sebenar, pemasangan struktur tangki minyak tambahan, serta penggunaan tekong dan kru asing tanpa izin merupakan kesalahan serius," katanya kepada pemberita pada Selasa.Beliau berkata, DOF​ menegaskan penekanan undang-undang yang ketat ke atas kesemua kesalahan ini di bawah peruntukan Akta Perikanan 1985 (Akta 317).Jelasnya, kejayaan penahanan vesel pukat tunda hasil rondaan rutin di bawah Ops Naga ini ialah bukti komitmen berterusan DOF dalam memelihara khazanah marin dan melindungi hak nelayan tempatan melalui operasi penguatkuasaan bersepadu negara."Kehadiran aset kita secara konsisten di laut membuktikan kita sentiasa bersiap siaga pada bila-bila masa."Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba memanipulasi undang-undang perikanan negara," ujarnya.Tegasnya, kedua-dua bot bersama tekong dan kru tahanan dibawa ke Jeti Pulau Kambing, Kuala Terengganu bagi tujuan dokumentasi, semakan silang, dan siasatan lanjut DOF.Dalam pada itu, DOF menyeru komuniti nelayan dan orang awam untuk terus menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dengan menyalurkan sebarang maklumat berhubung aktiviti perikanan haram demi kelestarian sumber marin negara.

Go to News Site