Collector
Giriş Yap
Pas perjelas punca putus hubungan dengan Bersatu | Collector
Pas perjelas punca putus hubungan dengan Bersatu

Pas perjelas punca putus hubungan dengan Bersatu

SHAH ALAM - Tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menentang kemasukan parti lain dalam Perikatan Nasional (PN) menjadi punca hubungan politik dengan Pas ditamatkan.Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, matlamat utama parti adalah memperkukuhkan agenda penyatuan ummah dan kestabilan politik negara."Bersatu dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN mengambil sikap menentang kemasukan parti-parti seperti Parti Berjasa Malaysia (Berjasa), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra)."Walaupun kertas cadangan sudah disiapkan, tindakan tersebut jelas merosakkan gagasan penyatuan yang dihasratkan selama ini," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Tambah Ahmad Fadhli, tindakan Bersatu di Perlis dan Negeri Sembilan sebelum ini telah menjejaskan semangat serta moral jentera parti untuk terus bekerjasama menghadapi pilihan raya akan datang.Beliau berkata, keputusan yang dicapai dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada malam Isnin itu, bukanlah berdasarkan sentimen atau kepentingan jangka pendek."Sebaliknya, ia berdasarkan penilaian terhadap kemampuan sesuatu kerjasama untuk mencapai matlamat yang lebih besar iaitu penyatuan ummah dan kestabilan politik negara."Ia bukan menggembirakan tetapi ia 'ubat pahit' yang perlu ditelan demi kemaslahatan yang lebih besar," katanya lagi.Ahmad Fadhli berkata, kedudukan Pas dan Bersatu dalam PN akan diuruskan mengikut peruntukan perlembagaan dan saluran yang sewajarnya."Sudah tentu Pas dan Bersatu tidak boleh terus berada di bawah payung yang sama berikutan keputusan yang dibuat semalam," katanya lagi.Terdahulu, Pas mengejutkan landskap politik tanah air apabila membuat ketetapan mengejut untuk menghentikan serta-merta kerjasama politik dengan rakan sekutunya dalam PN itu.Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan memutus hubungan itu dibuat selepas parti meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik Pas-Bersatu berdasarkan laporan, kajian serta penilaian semasa secara menyeluruh.

Go to News Site