Collector
Giriş Yap
Premis tidak bernombor rupanya stor haram seleweng diesel | Collector
Premis tidak bernombor rupanya stor haram seleweng diesel

Premis tidak bernombor rupanya stor haram seleweng diesel

KUALA LANGAT - Sebuah premis tidak bernombor yang dijadikan sebagai stor di Teluk Panglima Garang di sini rupanya beroperasi menyimpan diesel secara haram.Kegiatan itu dibongkar pada Isnin oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menerusi Op Tiris 4.0 (Bersepadu) hasil risikan selama dua minggu.Pengarah KPDN Selangor, Muhamad Hanif Asa’Ari berkata, serbuan kira-kira jam 5 petang di hotspot itu mendapati terbabit tidak mempunyai lesen sah untuk menyimpan barang kawalan berjadual.Menurutnya, pemeriksaan awal menemui satu unit skid tank yang dianggarkan berkapasiti 30,000 liter."Skid Tank yang ditemui didapati berisi bahan api disyaki jenis diesel dan dianggarkan sekitar 4,000 liter."Pada masa sama, anggota serbuan turut menemui peralatan lain yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pemindahan bahan api disyaki diesel ke dalam tempat skid tank," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, seorang lelaki tempatan dipercayai berperanan sebagai pekerja dan penjaga premis berkenaan telah ditahan.Tambahnya, berdasarkan maklumat awal, aktiviti ini dipercayai terlibat dengan transaksi mencurigakan melibatkan barangan kawalan disyaki diesel dan berpotensi disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961."Anggaran nilai rampasan keseluruhannya mencecah RM50,000 dan nilai subsidi negara yang diselamatkan berjumlah RM15,000," ujarnya.Dalam pada itu, Op Tiris 4.0 yang direkodkan KPDN Selangor bagi tempoh 16 Mac sehingga 8 Jun lalu mencatatkan 2,794 pemeriksaan serta 57 tindakan kes dihasilkan dengan sitaan RM2 juta."Nilai subsidi negara yang diselamatkan mencecah RM265,000," ujarnya.Tegasnya, KPDN Selangor tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang gagal patuh peruntukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan tindakan boleh dikenakan ke atas mana-mana individu mahu pun syarikat yang berkaitan.

Go to News Site