Sinar Harian
JOHOR BAHRU - Kritikan terhadap DAP atau pendirian politik yang diambil terhadap parti itu tidak boleh disamakan dengan penolakan terhadap masyarakat Cina.Setiausaha Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, dakwaan mengaitkan pendirian Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai tindakan meminggirkan kaum Cina adalah tidak berasas dan bersifat memutarbelitkan fakta politik.Menurutnya, DAP hanyalah sebuah parti politik manakala masyarakat Cina terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pegangan politik, termasuk yang menyokong parti-parti lain seperti MCA, Gerakan, PKR, calon Bebas serta BN sendiri."DAP bukan kaum Cina dan kaum Cina bukan DAP. Mengkritik DAP tidak bermaksud mengkritik masyarakat Cina, manakala keputusan untuk tidak bekerjasama dengan mana-mana parti politik adalah perkara biasa dalam sistem demokrasi," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Abdul Halim turut mendakwa terdapat pihak yang cuba mewujudkan persepsi bahawa serangan terhadap DAP adalah serangan terhadap kaum Cina, sekali gus memainkan sentimen perkauman demi kepentingan politik.Beliau menegaskan bahawa Johor dibangunkan atas semangat Bangsa Johor yang mengutamakan perpaduan rakyat pelbagai kaum dan agama, bukannya politik berasaskan kebencian atau perkauman.Katanya, BN Johor akan terus mempertahankan prinsip tersebut serta memastikan semua rakyat negeri itu menerima pembelaan yang sama tanpa mengira bangsa, agama atau fahaman politik."Kaum Cina bukan tebusan politik mana-mana parti. Bangsa Johor akan terus menjadi payung yang menyatukan seluruh rakyat tanpa mengira perbezaan," katanya.
Go to News Site