Collector
Giriş Yap
Pas, UMNO perlu bertaut semula demi perpaduan Melayu dan Islam | Collector
Pas, UMNO perlu bertaut semula demi perpaduan Melayu dan Islam

Pas, UMNO perlu bertaut semula demi perpaduan Melayu dan Islam

MELAKA - Pas dan UMNO perlu membuka ruang kerjasama semula bagi memperkukuh perpaduan politik Melayu serta Islam di negara ini.Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan Pas Melaka, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, semua pihak perlu melihat ke hadapan tanpa terus mengungkit perbezaan politik lama demi kepentingan masa depan negara."Dua parti Melayu yang besar, iaitu Pas dan UMNO, harus mencari satu formula kukuh untuk bertaut semula demi memelihara masa depan Melayu serta Islam di tanah air kita."Buat masa ini semua pihak tidak harus menoleh ke belakang lagi tetapi perlu memandang ke hadapan secara penuh keikhlasan bagi membela nasib anak bangsa serta memelihara keutuhan syiar Islam di tanah Melayu ini," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.Beliau berkata, kerjasama antara parti-parti politik Melayu juga boleh menjadi asas kepada pembentukan satu gabungan lebih besar yang merangkumi pelbagai parti kecil Melayu melalui konsep ‘payung besar’.Katanya, dalam masa sama, hak dan kepentingan semua kaum seperti yang termaktub dalam Perlembagaan perlu terus dipelihara bagi memastikan perpaduan nasional kekal utuh."Perbalahan sesama Melayu mesti dihentikan segera sebelum memberi kesan lebih besar kepada masa depan politik negara."Inilah yang dikhuatiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang sentiasa mengingatkan orang Melayu bahawa jika terus berpecah, dalam sepuluh tahun kita akan hilang kuasa politik dan negara ini buat selamanya," katanya.Ujarnya, keseluruhan orang Melayu pada masa kini mahu melihat perpaduan yang kuat sebagai satu ikatan ‘simpul mati’ yang tidak boleh dirungkai oleh sesiapa pun hingga akhir zaman."Sikap terbuka dan jiwa besar Pas yang tidak pernah putus asa untuk menjemput UMNO agar berpaut semula di bawah satu platform Melayu yang jitu harus dipuji."Insya-ALLAH, daya usaha jujur dan ikhlas Pas ini akan termakbul serta diberkati oleh ALLAH SWT."Sesungguhnya, Pas amat komited dan konsisten dalam perjuangan untuk menyatupadukan orang Melayu di negara ini secara menyeluruh serta berterusan seperti yang disarankan oleh Tun Dr Mahathir," katanya.Pada Isnin, Pas secara rasmi menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu berkuat kuasa serta-merta diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

Go to News Site