Collector
Giriş Yap
[VIDEO] Lelaki pandu melulu direman empat hari | Collector
[VIDEO] Lelaki pandu melulu direman empat hari

[VIDEO] Lelaki pandu melulu direman empat hari

BUKIT MERTAJAM - Pemandu kereta pacuan empat roda yang memandu secara melulu dan berbahaya direman empat hari bermula Selasa sehingga 12 Jun ini bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret J Savinder Singh di Mahkamah Majistret di sini pada pagi Selasa.Suspek yang memakai baju lokap sebelum itu tiba di pekarangan mahkamah pada jam 8.45 pagi dengan menaiki trak polis sambil diiringi anggota polis yang bertugas.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki tempatan ditahan selepas dipercayai memandu secara melulu serta berbahaya dengan melanggar beberapa kenderaan di Seberang Jaya pada Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 10.05 pagi itu, suspek berusia 29 tahun yang memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dipercayai bertindak agresif sebelum berjaya ditahan orang awam di Lebuhraya Butterworth-Kulim Expressway (BKE) berhampiran sebuah stesen minyak di Seberang Jaya.Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan berkenaan sebelum anggota dikerahkan ke lokasi.Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek dipercayai memandu secara melulu dan berbahaya dari arah Sungai Dua menuju ke Pulau Pinang sehingga melanggar beberapa kenderaan di sepanjang laluan tersebut.Suspek kemudiannya berjaya ditahan oleh orang awam di kawasan Lebuhraya BKE berhadapan sebuah stesen minyak di Seberang Jaya sebelum diserahkan kepada pihak polis yang tiba di lokas.Pemeriksaan lanjut ke atas suspek menemukan sebuah beg silang yang disandang pada badannya dan mengandungi peket plastik lutsinar berisi hablur kristal disyaki dadah jenis methamphetamine seberat anggaran 0.75 gram serta satu lagi peket plastik lutsinar mengandungi hablur putih disyaki ketamin seberat anggaran 2.38 gram.Hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan morfin.Semakan rekod lampau juga mendapati suspek mempunyai 15 rekod kesalahan berkaitan dadah serta dua rekod kesalahan jenayah.Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kemalangan jalan raya.

Go to News Site