Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan, Albert Tei mendakwa akan mendedahkan skandal rasuah yang dikaitkan dengan beberapa ahli politik di Sabah, sekiranya saman fitnah yang bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki diteruskan di mahkamah.Bagaimanapun, Albert atau nama sebenarnya Tei Jiann Cheing berkata, sehingga kini beliau masih belum menerima sebarang dokumen saman berkenaan walaupun perkara itu telah dilaporkan media sejak minggu lalu.Sehubungan itu, beliau mencabar Azam supaya menyegerakan penghantaran saman terbabit.Ahli perniagaan berusia 38 tahun itu menegaskan, beliau bukan sahaja akan mempertahankan diri malah akan ‘menelanjangkan’ setiap isu yang dibangkitkan."Saya mengalu-alukan saman itu dan tidak sabar menunggunya kerana dimaklumkan tindakan saman akan dibuat pada Rabu lalu."Jangan pula nanti kata salah alamat atau hilang dalam proses penghantaran. Jadi, di mana saman itu?" soalnya ketika sidang akhbar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Selasa selepas prosiding sebutan kes rasuah dihadapinya.Pada Isnin, Azam memberitahu memfailkan saman fitnah terhadap Albert di Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung kenyataan yang didakwa diterbitkan menerusi media sosial dan platform dalam talian.Dalam pada itu, Albert turut mempersoalkan tindakan sekatan terhadap akaun media sosial miliknya.Menurutnya, video yang dimuat naik di Facebook yang memperoleh kira-kira 500,000 tontonan telah diturunkan, sementara akaun TikTok keduanya pula disekat.Demi mendapatkan penjelasan, Albert hadir ke pejabat Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil Jumaat lalu."Saya mahu tahu apa kesalahan yang telah dilakukan, sehingga akaun media sosial saya disekat tanpa notis atau amaran."Adakah saya telah membuat kenyataan berunsur fitnah atau hasutan, jika benar, sila siasat, tangkap dan dakwa saya di mahkamah."Biar mahkamah menentukan sama ada saya bersalah atau tidak," katanya.
Go to News Site