Collector
Giriş Yap
'Jaslinda tak tinggal solat 5 waktu selama sesat dalam hutan' | Collector
'Jaslinda tak tinggal solat 5 waktu selama sesat dalam hutan'

'Jaslinda tak tinggal solat 5 waktu selama sesat dalam hutan'

TAPAH - Dalam keadaan sesat dan bersendirian di tengah hutan selama lebih dua minggu, pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, tetap tidak meninggalkan solat lima waktu.Suaminya, Haszman Othman, 61, berkata, amalan itu menjadi pegangan utama isterinya sepanjang berdepan detik mencabar tanpa bekalan mencukupi untuk terus bertahan hidup."Saya tahu dia macam mana dan memang betul, dia tak tinggal solat pun."Dalam keadaan serba kekurangan dan terputus hubungan dengan dunia luar, dia akan tetap tunaikan lima waktu," katanya ketika ditemui di Hospital Tapah pada Selasa.Menurutnya, walaupun Jaslinda tidak mempunyai jam atau penunjuk waktu, wanita itu menggunakan kedudukan matahari sebagai panduan untuk menentukan waktu solat sepanjang berada di dalam hutan."Dia mungkin tak tahu hari atau waktu tepat, tapi janji cukup lima kali sehari. Dia memang jenis begitu... berserah sepenuhnya kepada ALLAH," katanya.Dalam pada itu, beliau turut berkongsi bagaimana isterinya bertahan dalam keadaan serba kekurangan termasuk ketika berehat pada waktu malam."Dia tidur berselubung dengan plastik sampah yang dibawa bersama. Itu sahaja perlindungan dia dalam hutan," katanya.Haszman turut menyifatkan keselamatan isterinya daripada ancaman binatang buas sebagai sesuatu yang sukar dijelaskan secara logik, sebaliknya percaya ia berlaku dengan izin dan perlindungan ALLAH."Mungkin berkat solat dia... kita fikir hutan rimba, macam-macam boleh jadi. Tapi ALLAH lindungi dia," katanya.Haszman berkata, keadaan kesihatan Jaslinda yang dirawat di Hospital Tapah sejak Sabtu lalu sudah menunjukkan perkembangan positif dan dibenarkan keluar hospital hari ini."Dari segi fizikal dia nampak dia okey, tetapi bagi saya mental dia belum cukup kuat. Perlu beri dia ruang rehat secukupnya," kataya.ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'Jaslinda sudah ditemui - PolisJaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - JaslindaSaya tahu orang rumah saya kuat - Suami JaslindaOperasi SAR Jaslinda penuh cabaran namun berakhir gembira'Ada macam gua, saya rasa macam disuruh masuk' — JaslindaJaslinda maklum tiada unsur mistik, gangguan ketika dalam hutan - Exco Perak

Go to News Site