Sinar Harian
TOKYO - Pembangunan kecerdasan buatan (AI) mesti berpaksikan etika, nilai kemanusiaan dan pemahaman mendalam masyarakat bagi memastikan kemajuan teknologi kekal inklusif serta mampan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, AI tidak seharusnya dilihat semata-mata suatu bidang khusus, sebaliknya sebagai faktor merentas disiplin yang mempengaruhi ekonomi, teknologi dan hampir setiap bidang ilmu."Masa depan terletak pada penguasaan ilmu pelbagai disiplin yang berteraskan etika dan nilai kemanusiaan," katanya ketika menyampaikan syarahan khas bertajuk Nilai Kemanusiaan Dalam Peradaban Manusia-Mesin di Universiti Tokyo di sini pada Selasa.Anwar berkata, agenda pembangunan Malaysia di bawah kerangka Madani memberi penekanan yang kukuh kepada nilai murni dan kemajuan yang berfokuskan insan dalam menghadapi perkembangan teknologi yang pesat.Beliau turut menegaskan bahawa masa depan akan dikuasai oleh mereka yang mampu menggabungkan kemajuan teknologi dengan kefahaman mendalam mengenai masyarakat serta nilai-nilai kemanusiaan. AKAN MENYUSUL
Go to News Site