Collector
Giriş Yap
Arak hampir RM700,000 dirampas dalam tiga serbuan berasingan | Collector
Arak hampir RM700,000 dirampas dalam tiga serbuan berasingan

Arak hampir RM700,000 dirampas dalam tiga serbuan berasingan

KOTA KINABALU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah tidak menolak kemungkinan terdapat permintaan yang tinggi terhadap minuman keras sepanjang perayaan Pesta Kaamatan yang disambut pada Mei lalu.Ia susulan tiga rampasan cubaan menyeludup minuman beralkohol bernilai hampir RM700,000 berjaya dibuat sepanjang tempoh tersebut di beberapa lokasi berasingan di negeri ini.Pengarah JKDM Sabah, Dr Ahmad Taufik Sulaiman berkata, kesemua rampasan itu dikesan hasil tindakan penguatkuasaan di lapangan termasuk pemeriksaan kenderaan, kontena dan operasi risikan."Antara kes yang direkodkan ialah rampasan di Keningau pada jam 12.10 pagi, 26 Mei lalu apabila sepasukan JKDM Keningau menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di Rancangan Belia Tiulon, Kampung Simbuan Sook."Pemeriksaan lanjut menemui 560 liter minuman keras pelbagai jenama berlabel Malaysia Duty Not Paid (MDNP) yang disyaki diseludup dari Labuan. Kesemua barang kes dirampas dengan nilai RM111,817.07."Modus operandi bagi kes tersebut adalah menggunakan kenderaan pacuan empat roda melalui jalan pedalaman," katanya dalam sidang akhbar di Menara Kastam, di sini pada Selasa.Bagi kes kedua, Ahmad Taufik berkata rampasan dibuat pada jam 9.40 pagi, 22 Mei lalu menerusi pemeriksaan sebuah kontena di Kawasan Pemeriksaan Kastam (CEA) Pelabuhan Sepanggar."Hasil pemeriksaan menemui 15,480 liter minuman keras jenis bir dan modus operandi kes ini adalah membuat pengikraran tidak benar atau mengelirukan bagi barang yang diimport," katanya.Kes ketiga pula katanya, melibatkan sebuah lori kotak yang ditahan di Jalan Kuala Penyu pada 24 Mei lalu."Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, JKDM Kota Kinabalu membuat pemeriksaan terhadap kenderaan tersebut dan menemui 4,992 liter minuman keras pelbagai jenama dengan nilai lebih RM26,000."Modus operandi adalah menggunakan lori kotak untuk mengangkut minuman keras bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, dan jumlah keseluruhan termasuk nilai kenderaan dan cukai dianggarkan sebanyak RM247,572.08," katanya.Beliau berkata, semua kes berkenaan disiasat di bawah Akta Kastam 1967.Beliau turut berkata, kemungkinan rampasan minuman keras sepanjang tempoh Pesta Kaamatan itu wujud berdasarkan tempoh kejadian."Kemungkinan itu ada melihat kepada tarikh dan tempoh Kaamatan. Kita menjangka permintaan minuman keras meningkat berkaitan musim perayaan dan pesta tradisi," katanya.Sementara itu, dalam kes berasingan, beliau memaklumkan pihaknya turut berjaya merampas pelbagai jenis rokok cuba diseludup di Tawau."Sebanyak 61,200 batang rokok pelbagai jenama dirampas dari sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Saleh, Tawau, jam 2.45 petang 23 Mei lalu dan hasil pemeriksaan nilai rampasan melibatkaan sebanyak RM224,482.40."Modus operandi mengedar rokok tidak berkastam menggunakan kenderaan mewah," jelasnya.

Go to News Site