Collector
Giriş Yap
Sikap Bersatu pentingkan kelompok tertentu jadi asas Pas henti kerjasama - Afnan Hamimi | Collector
Sikap Bersatu pentingkan kelompok tertentu jadi asas Pas henti kerjasama - Afnan Hamimi

Sikap Bersatu pentingkan kelompok tertentu jadi asas Pas henti kerjasama - Afnan Hamimi

SHAH ALAM - Sikap dan gelagat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang lebih mengutamakan kepentingan kelompok tertentu menyebabkan Pas menghentikan kerjasama politik dengan parti tersebut.Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, Bersatu tidak menerima kemasukan parti-parti lain ke dalam Perikatan Nasional (PN) sedangkan bagi Pas, ia dapat memenuhi jalan untuk penyatuan ummah.Menurutnya, perkara itu menunjukkan mereka lebih mengutamakan kepentingan kelompok tertentu berbanding ummah."Oleh kerana jalan yang sedia ada tidak mampu sampai kepada matlamat penyatuan, maka Pas perlu meneroka jalan yang lain. Namun, tempat tujunya sama, penyatuan ummah."Sikap yang sama diambil ketika Pas bersama DAP dalam Pakatan Rakyat sebelum ini. DAP menghalang jalan melaksanakan syariat di Kelantan dan Terengganu maka, dengan tegas Pas buat keputusan batalkan kerjasama dengan DAP," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.Sebelum ini, Pas mengejutkan landskap politik tanah air apabila membuat ketetapan menghentikan serta-merta kerjasama politik dengan Bersatu.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan memutus hubungan itu dibuat selepas parti meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik Pas-Bersatu berdasarkan laporan, kajian serta penilaian semasa secara menyeluruh.Mengulas lanjut, Afnan Hamimi tidak menafikan jalan yang dipilih Pas lebih mencabar berbanding mengekalkan jalan sedia ada dengan Bersatu.Katanya, mengekalkan kerjasama dengan Bersatu lebih mudah kerana tidak perlu banyak kerja malah kerusi, platform dan jenama pun sudah sedia ada."Bisnes seperti biasa untuk pilihan raya umum seterusnya. Jentera pakai Pas punya, ini lebih mudah tetapi ia menghalang agenda utama, penyatuan ummah. Disinilah beza cara Pas berpolitik dengan cara parti lain berpolitik. Parti lain berpolitik hanya untuk kepentingan kelompoknya semata. Berapa kerusi dia dapat, apa jawatan ditawarkan. Semuanya berkisar kepada apa habuan diri masing-masing dan apa nak buat untuk terus kekal dapat habuan. Setakat itu sahaja."Pas berpolitik melihat kepada untung rugi Islam dan Melayu, jika untung Islam, manfaat pada Melayu (sebagai kaum majoriti), maka Pas akan pergi ke situ, walaupun jalan itu mungkin lebih jauh penuh berduri. Jalan itu lebih baik berbanding jalan yang singkat tapi akhirnya terjun jatuh dalam gaung yang dalam," katanya.

Go to News Site