Collector
Giriş Yap
Pas-Bersatu berpisah, Kamarudin serah nasib jawatan Exco kepada MB Kelantan | Collector
Pas-Bersatu berpisah, Kamarudin serah nasib jawatan Exco kepada MB Kelantan

Pas-Bersatu berpisah, Kamarudin serah nasib jawatan Exco kepada MB Kelantan

KOTA BHARU - Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor menyerahkan sepenuhnya kedudukan beliau sebagai Exco kepada keputusan Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud susulan pengumuman Pas menamatkan hubungan politik dengan parti berkenaan.Kamarudin yang juga Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri berkata, setakat ini beliau belum menerima sebarang makluman daripada pimpinan Bersatu mahupun Menteri Besar berhubung kedudukannya dalam pentadbiran kerajaan negeri.Menurut beliau, pelantikannya sebagai Exco dibuat atas pilihan Menteri Besar sebelum mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V."Saya serahkan kepada Datuk Menteri Besar kerana Exco adalah pilihan beliau yang dibawa untuk mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan."Jadi selepas ini terpulang kepada beliau untuk menentukan kedudukan saya," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Festival Kesenian Rakyat Kelantan di Terminal Bas Lembah Sireh di sini pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Pas putus hubungan politik dengan Bersatu serta-mertaPas perjelas punca putus hubungan dengan Bersatu'Tenang, sabar dulu' - RazaliTun Faisal namakan siapa dikatakan kem ulama tidak bersetuju - Ahmad FadhliKamarudin memberitahu, sebagai perkara yang masih baharu, beliau belum mengetahui sebarang keputusan lanjut sama ada daripada pimpinan parti mahupun kerajaan negeri."Sementara belum ada apa-apa keputusan, saya teruskan kerja seperti biasa sebagai Exco."Selagi tiada apa-apa keputusan, saya terus bekerja," katanya.Mengulas sama ada beliau sudah dipanggil menghadiri perbincangan bersama pucuk pimpinan Bersatu, Kamarudin memaklumkan perkara itu belum berlaku."Belum ada apa-apa panggilan. Ini perkara yang masih baharu dan kalau dipanggil saya akan hadir," ujarnya.Terdahulu, Pas mengejutkan landskap politik tanah air apabila membuat ketetapan mengejut untuk menghentikan serta-merta kerjasama politik dengan rakan sekutunya dalam PN itu.Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan memutus hubungan itu dibuat selepas parti meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik Pas-Bersatu berdasarkan laporan, kajian serta penilaian semasa secara menyeluruh.

Go to News Site