Collector
Giriş Yap
29 rumah terbakar: Mangsa selongkar abu cari emas hangus | Collector
29 rumah terbakar: Mangsa selongkar abu cari emas hangus

29 rumah terbakar: Mangsa selongkar abu cari emas hangus

KOTA BHARU - Dengan harapan masih bersisa di sebalik timbunan abu, mangsa kebakaran membabitkan 29 buah rumah di Kampung Cina, Gok Kapur di sini pada Isnin tetap gigih menyelongkar sisa kebakaran demi mencari kembali barang kemas yang musnah dalam kejadian itu.Tinjauan Sinar Harian di lokasi kejadian pada Selasa mendapati kebanyakan mangsa masih berada di tapak rumah masing-masing meneliti setiap sudut dan menyisir abu serta serpihan kayu yang tinggal, dengan harapan menemukan semula barang kemas dan wang simpanan yang tertimbus.Seorang mangsa, Nor Syazrini Karim, 37, berkata, dia bersama adik-beradiknya berusaha mencari saki-baki barang kemas miliknya dalam kebakaran tersebut.Menurutnya, kerugian yang ditanggung dianggarkan mencecah RM30,000 membabitkan dua utas gelang, cincin, loket dan subang."Saya sedang bekerja ketika kejadian berlaku dan hanya mengetahui mengenai kebakaran selepas dimaklumkan oleh adik."Alhamdulillah, barang kemas milik ibu berjaya diselamatkan, namun semua barang kemas milik saya hangus," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.Bagi Eamie Zalina Nasir, 36, kehilangan barang kemas pusaka milik arwah ibunya merupakan perkara paling menyedihkan yang terpaksa dihadapi keluarganya.Menurutnya, walaupun ahli keluarga masih berusaha mencari, barang kemas yang dianggarkan bernilai puluhan ribu ringgit itu masih belum ditemukan."Dalam kejadian itu, kami hanya sempat menyelamatkan tiga buah motosikal dan sebuah buaian lama berusia puluhan tahun yang menjadi kenangan arwah ayah dan ibu," katanya.Sementara itu, pemandu lori, Mohd Khairul Azwan Annuar, 34, berkata, dia pengsan pada hari kejadian apabila mengenangkan wang simpanan RM20,000 yang dikumpul sejak 10 tahun lalu hangus dalam kebakaran tersebut."Saya simpan sedikit demi sedikit untuk masa depan. Memang sedih apabila mengenangkan semuanya musnah sekelip mata."Namun saya reda dengan ketentuan ini dan menganggap ada hikmah di sebalik apa yang berlaku," katanya.

Go to News Site