Collector
Giriş Yap
Pas-Bersatu berpisah: Selangor teguh pejuang agenda penyatuan ummah | Collector
Pas-Bersatu berpisah: Selangor teguh pejuang agenda penyatuan ummah

Pas-Bersatu berpisah: Selangor teguh pejuang agenda penyatuan ummah

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pas Selangor istiqamah memperjuangkan agenda penyatuan ummah meskipun berlaku perubahan dalam hala tuju kerjasama politik antara parti itu dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Pesuruhjayanya, Datuk Dr Ab Halim Tamuri berkata, pihaknya menyokong serta menerima sepenuhnya keputusan ditetapkan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada Isnin berhubung kerjasama politik Pas dan Bersatu.Menurutnya, sebagai parti yang berprinsip, Pas sentiasa meletakkan Islam, maslahah umat dan kepentingan negara mengatasi pertimbangan politik kepartian."Agenda penyatuan ummah kekal menjadi teras perjuangan Pas dalam usaha membina kekuatan umat, mengurangkan perpecahan politik dan mewujudkan kestabilan negara."Pas Selangor melihat keputusan ini bukan pengakhiran kepada agenda tersebut, bahkan membuka ruang lebih luas untuk meneroka persefahaman dan kerjasama politik yang lebih menyeluruh demi menjayakan agenda penyatuan ummah," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Ab Halim berkata, langkah itu juga dilihat mampu membantu membina landskap politik yang lebih stabil dan matang untuk masa depan negara.Dalam pada itu, Ab Halim turut menghargai segala bentuk kerjasama yang pernah terjalin sebelum ini serta menyeru seluruh ahli dan penyokong Pas supaya terus memperkukuh saf perjuangan.Katanya, ahli dan penyokong perlu berlapang dada serta kekal istiqamah dalam mendukung usaha penyatuan umat."Pas akan terus istiqamah kerana perpaduan adalah kunci kekuatan umat, kestabilan politik dan kesejahteraan negara," ujar beliau.Terdahulu, Pas mengejutkan landskap politik tanah air apabila membuat ketetapan mengejut untuk menghentikan serta-merta kerjasama politik dengan rakan sekutunya dalam PN itu.Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan memutus hubungan itu dibuat selepas parti meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik Pas-Bersatu berdasarkan laporan, kajian serta penilaian semasa secara menyeluruh.

Go to News Site