Collector
Giriş Yap
Bersatu Kelantan gesa ahli kekal tenang, matang hadapi perkembangan politik | Collector
Bersatu Kelantan gesa ahli kekal tenang, matang hadapi perkembangan politik

Bersatu Kelantan gesa ahli kekal tenang, matang hadapi perkembangan politik

KOTA BHARU – Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Kelantan diminta bertenang dan tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan susulan keputusan Pas menamatkan kerjasama politik dengan parti itu.Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, ahli parti perlu menerima perkembangan tersebut dengan matang dan tidak bertindak mengikut emosi."Kita terima ini sebagai sebahagian daripada asam garam politik. Ini ujian yang menguji kesabaran dan kematangan kita," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Festival Kesenian Rakyat Kelantan di Terminal Bas Lembah Sireh di sini pada Selasa.Mengulas kedudukan Perikatan Nasional (PN), beliau berpandangan gabungan itu masih wujud dan berfungsi seperti biasa meskipun Pas mengumumkan penamatan kerjasama politik dengan Bersatu."Setakat ini PN masih ada. Dalam kenyataan Pas juga tidak disebut mengenai kedudukan mereka dalam PN.ARTIKEL BERKAITAN: Pas putus hubungan politik dengan Bersatu serta-mertaPas perjelas punca putus hubungan dengan Bersatu'Tenang, sabar dulu' - RazaliTun Faisal namakan siapa dikatakan kem ulama tidak bersetuju - Ahmad Fadhli"Malah kenyataan-kenyataan lain mencerminkan bahawa mereka masih bersama dalam PN. Jadi saya lihat kedua-dua parti masih menjadi anggota PN," katanya.Kamarudin turut menegaskan hubungan antara pimpinan Bersatu dan Pas di Kelantan kekal baik serta tidak terjejas oleh perkembangan politik semasa."Macam biasa, tiada masalah. Semalam saya menghadiri program yang melibatkan kedua-dua pihak dan semuanya berjalan seperti biasa," katanya.Terdahulu, Pas mengejutkan landskap politik negara apabila mengumumkan keputusan untuk menghentikan serta-merta kerjasama politik dengan Bersatu.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan itu dibuat selepas parti berkenaan meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama Pas-Bersatu berdasarkan laporan, kajian serta penilaian semasa secara menyeluruh.

Go to News Site