Collector
Giriş Yap
Fadhli Shaari, Afnan Hamimi tidak perlu hipokrit - Tun Faisal | Collector
Fadhli Shaari, Afnan Hamimi tidak perlu hipokrit - Tun Faisal

Fadhli Shaari, Afnan Hamimi tidak perlu hipokrit - Tun Faisal

SHAH ALAM- Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari dan Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden tidak perlu hipokrit berhubung punca hubungan politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan parti itu ditamatkan.Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, sedangkan pemimpin Pas yang tidak mahu memberi kerusi kepada Pejuang untuk ditandingi di negeri-negeri SG4 tertentu.Menurutnya, bagi mengelakkan pertikaian mengenai pembahagian kerusi, Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) bersetuju agar 'electoral pact' dilaksanakan dengan parti-parti yang memohon untuk memasuki PN."Baru cakap mengenai Pejuang, pemimpin Pas sudah menolak mereka daripada bertanding di negeri yang dikuasai Pas ke negeri lain yang Pengerusi PN bukan dalam kalangan pemimpin Pas."Kalau belum apa-apa pun dah 'reject' Pejuang, halau dia bertanding ke negeri Selangor, apa lagi kalau Pas yang diminta korbankan kerusinya untuk parti-parti yang disokong Pas. Afnan Hamimi dan Fadhli Shaari tidak perlu hipokrit."Lagipun, sesama mereka pun tak faham apa yang mereka persetujui, lepas itu salahkan pihak lain. Sebab itu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kata mereka ini ada DNA khianat dan cakap lain, buat lain," katanya menerusi laman Facebook pada Selasa.Sebelum ini, Ahmad Fadhli dan Afnan Hamimi mendakwa tindakan Bersatu menentang kemasukan parti lain dalam Perikatan Nasional (PN) menjadi punca Pas menghentikan kerjasama politik dengan parti tersebut.Jelas Afnan Hamimi, seperti yang diketahui umum, Bersatu tidak menerima kemasukan parti-parti lain ke dalam Perikatan Nasional (PN) sedangkan bagi Pas ia dapat memenuhi jalan untuk penyatuan ummah.Sementara Ahmad Fadhli pula memberitahu bahawa tindakan Bersatu di Perlis dan Negeri Sembilan sebelum ini telah menjejaskan semangat serta moral jentera parti untuk terus bekerjasama menghadapi pilihan raya akan datang.Tun Faisal turut berpendapat, pemimpin Pas Kluster Publika tidak faham maksud 'electroral pact' iaitu MT PN bersetuju untuk mengadakan kerjasama dengan parti-parti bukan anggota."Apakah keputusan MT PN mengenai 'electoral pact'? Keputusan MT PN seperti dalam kenyataan media Setiausaha Agung PN yang juga pemimpin Pas iaitu parti-parti bukan anggota ini boleh berunding dengan jawatankuasa yang akan menentukan terma dan syarat-syaratnya.""Siapa yang tiba-tiba menghalang parti-parti bukan anggota PN untuk mengadakan 'electoral pact' dengan PN. Seorang lagi pemimpin Pas iaitu Timbalan Presiden apabila beliau mengatakan tiada keputusan memperluaskannya kepada parti bawah Ikatan Prihatin Rakyat (IPR), isu ini tak pernah dibincang dalam mesyuarat rasmi dan kita hanya benarkan anggota bertanding dengan logo PN."Kata pemimpin Pas itu lagi, IPR ini bukan anggota PN, jadi macam mana kita nak benarkan? (Mereka) pun tak pernah mohon untuk jadi ahli komponen PN, beliau lupa agaknya kenyataan Setiausaha Agung Pas di media yang mengesahkan pihaknya terbuka untuk meneroka bentuk-bentuk kerjasama pilihan raya dengan mana-mana parti dan mereka yang berkongsi prinsip serta wawasan yang sama," ulasnya.ARTIKEL BERKAITAN: Pas putus hubungan politik dengan Bersatu serta-mertaPas perjelas punca putus hubungan dengan Bersatu'Tenang, sabar dulu' - RazaliTun Faisal namakan siapa dikatakan kem ulama tidak bersetuju - Ahmad Fadhli

Go to News Site