Collector
Giriş Yap
Bersatu Melaka 'move on', serah kepada rakyat buat penilaian | Collector
Bersatu Melaka 'move on', serah kepada rakyat buat penilaian

Bersatu Melaka 'move on', serah kepada rakyat buat penilaian

MELAKA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Melaka mengambil pendekatan untuk meneruskan perjuangan politik tanpa menoleh ke belakang susulan keputusan Pas menamatkan kerjasama politik dengan parti itu.Timbalan Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, parti itu berpegang kepada prinsip menyatukan parti-parti Melayu, namun tidak memaksa jika ada parti lain yang tidak mahu bersama."Jika ada parti yang tidak mahu bersama, bukan tugas kita untuk menghalang sesiapa. Itu hak mereka. Saya fikir apabila pihak pusat sudah membuat keputusan, biasanya tidak ada lagi rundingan."Jadi, bagi Bersatu Melaka, kita terus melangkah ke hadapan dan move on," katanya ketika mengulas keputusan Pas yang secara rasmi menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu berkuat kuasa serta-merta.Mengenai persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, beliau berkata, kepimpinan Bersatu negeri akan sentiasa selari dengan segala keputusan dan strategi yang ditetapkan pucuk pimpinan parti."Yang menentukan sesuatu kejayaan sesebuah parti adalah pemilih dan pengundi. Perpecahan antara Pas dan Bersatu itu lumrah dalam politik namun, kepercayaan rakyat terhadap pimpinan mana-mana parti terpulang kepada penilaian dan pemikiran rakyat sendiri."Rakyat boleh menilai. Kita di Bersatu tetap dengan prinsip kita, iaitu mahu parti-parti Melayu bersama selagi boleh," katanya.

Go to News Site